awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad muda negara cemerlang benam Brunei

Astro Arena
Astro Arena
07/10/2016
01:57 MYT
Skuad muda negara cemerlang benam Brunei
Pemain negara, Muhd Syafiq Ahmad (kanan) menanduk masuk bola ke gawang gol Brunei Darussalam pada Perlawan Persahabatan Antarabangsa antara Malaysia B22 menentang Brunei Darussalam di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam tadi. - Foto Bernama
Pemain gantian, Syafiq Ahmad, muncul wira apabila menyumbang dua gol bagi membantu skuad B-22 negara menewaskan Brunei dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan skuad kendalian Frank Bernhardt memiliki peluang untuk berada di hadapan pada minit kesembilan menerusi Dominic Tan, namun tandukannya melepasi palang gol.
Minit ke-11 menyaksikan Brunei berpeluang untuk merobek pintu gawang negara apabila Dominic Tan melakukan kesilapan ketika di kawasan penalti, namun peluang tersebut gagal untuk digunakan oleh mereka dengan sebaik-baiknya.
Peluang keemasan negara untuk mencetak gol hadir menerusi hantaran Syahmi Safari kepada Zarulizwan Mazlan, malangnya Zarulizwan gagal untuk melakukan penyudah cemerlang.
Kapten Brunei, Rosmin Khamis, mendapat peluang terbaik untuk menutup separuh masa pertama di hadapan, namun rembatannya tersasar.
Memasuki babak kedua, anak buah Bernhardt dilihat memiliki peluang terbaik untuk berada di hadapan pada minit ke-62 apabila kombinasi di antara Afif Fadzilah, Amirul Hisyam dan Arif Anwar hampir-hampir merobek gawang Brunei, bagaimanapun bola diselamatkan di atas garisan gol oleh Najib Tarif.
Minit ke-74 menyaksikan Syafiq menjaringkan gol pertama menerusi tandukannya selepas menerima hantaran Irfan Zakaria.
Syafiq sekali lagi mencatat nama selaku penjaring, juga menerusi tandukan, selepas menerima hantaran sepakan penjuru daripada Syazwan Andik.
Sebelum tamat perlawanan sebenar, pemain gantian Brunei, Adi Said, dilihat mencuba untuk mendapatkan gol sagu hati, sayangnya percubaannya gagal menemui pintu gol negara.
Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Topic Berkaitan
#Bola sepak persahabatan
#Malaysia menentang Brunei
#Syafiq Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan