awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Son dibawa masuk tepat pada masa - Stellini

Astro Arena
Astro Arena
20/02/2023
02:50 MYT
Son dibawa masuk tepat pada masa - Stellini
Son Heung-min (kiri) meraikan bersama Harry Kane selepas menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan West Ham United di stadium Tottenham Hotspur, London, 19 Feb 2023. (Foto AP)
MEMILIH masa yang sesuai untuk membawa masuk Son Heung-min daripada bangku simpanan membolehkan Tottenham menamatkan perlawanan menentang West Ham dengan kemenangan, menurut pengendali sementara, Cristian Stellini.
Son diletakkan di bangku simpanan untuk kemenangan 2-0 semalam, ketika Spurs bergelut untuk tanpa Antonio Conte di garisan tepi untuk menewaskan West Ham dan mara ke empat teratas Liga Perdana Inggeris.
Richarlison lebih diutamakan berbanding Son dalam kesebelasan utama, tetapi selepas Emerson Royal memberi Spurs gol pendahuluan, pemain antarabangsa Korea Selatan itu turun dari bangku simpanan untuk membuat gol kedua dan melonjakkan harapan pasukannya di kelompok empat teratas.
Son kini telah menjaringkan empat gol sebagai pemain gantian dalam EPL musim ini, dua kali lebih banyak daripada pemain lain, walaupun hanya membuat dua penampilan di bangku simpanan.
Mengisi kekosongan ditinggalkan Conte, yang kembali ke Itali pulih daripada pembedahan kecemasan pundi hempedu awal bulan ini, Stellini berasakan memilih masa yang sesuai untuk memperkenalkan Son membantu Spurs menoktahkan kemenangan ketika The Hammers berusaha mendapatkan gol penyamaan.
"Son kekal di bangku simpanan, saat dia dibawa masuk amat penting," kata Stellini kepada Sky Sports.
"Dengan ruang, Son adalah pemain yang hebat dan kami cuba menggunakan dia dengan cara ini. Ia adalah idea yang bagus.
"Son meraih jaringan jadi kami gembira untuknya. Dia perlu bertenang dan menghasilkan persembahan terbaiknya.
"Pada masa ini dia tidak 100 peratus jadi kami perlu menguruskannya."
It's back pic.twitter.com/YKqzkGumwg
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) February 19, 2023
Topic Berkaitan
#Son Heung-min
#Cristian Stellini
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan