awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium utama Sukan Olimpik Rio berlaku letupan

Astro Arena
Astro Arena
01/08/2016
04:00 MYT
Stadium utama Sukan Olimpik Rio berlaku letupan
Pihak polis berkata, letupan yang berlaku di Stadium Maracana aalah 'letupan yang dikawal'.
Satu letupan telah menggegarkan stadium yang bakal mengadakan upacara perasmian Sukan Olimpik 2016 di Rio selepas polis Brazil menemui peranti yang mencurigakan pada petang Ahad.
Pihak polis mengendalikan letupan itu dengan menghantar satu robot di Stadium Maracana, venue yang turut sedang menjalankan latihan untuk majlis tersebut.
Peranti misteri itu dilaporkan berbentuk kotak perkakasan (toolbox), dan ia mencetuskan letupan kuat apabila robot datang menyentuhnya. Pihak berkuasa polis tempatan memanggil ia satu 'letupan dikawal'.
"Yang pasti, terdapat letupan selepas robot itu masuk," kata jurucakap Channel Seven.
"Kami sedang mengenal pasti sama ada letupan itu disebabkan robot yang memusnahkan bungkusan atau ia berlaku sebelum robot pergi kepadanya.'
Stadium Maracana akan menjadi tuan rumah majlis pembukaan dan penutup Sukan Olimpik 2016.
Sebelum ini, perlawanan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 1950 telah diadakan di stadium terbabit dan ia salah satu stadium yang paling terkenal di Brazil.
Topic Berkaitan
#Brazil
#kawalan keselamatan
#letupan
#Olimpik Rio
#Stadium Maracana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan