awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan institusi pengajian semakin dapat sambutan

Bernama
Bernama
04/02/2018
15:59 MYT
Sukan institusi pengajian semakin dapat sambutan
Perarakan masuk kontinjen tuan rumah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Maskot Ligat memeriahkan majlis perasmian Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 di Stadium UKM malam ini. --fotoBERNAMA
Institusi pengajian tinggi mampu membantu negara melahirkan atlet berprestasi tinggi di peringkat antarabangsa pada masa akan datang, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata, Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (Sukipt) 2018 merupakan platform terbaik untuk menggilap bakat baharu ke pentas sukan yang lebih tinggi.
"Malah penganjuran Sukipt kini semakin mendapat sambutan dengan jumlah penyertaan semakin besar pada setiap penganjurannya," katanya ketika berucap merasmikan Sukipt 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.
UKM selaku tuan rumah dalam kenyataannya berkata, Sukipt 2018 kali ini menyaksikan penyertaan sembilan universiti luar negara.
Buat pertama kalinya, India diwakili Christ University bertanding dalam acara kriket.
Tiga negara ASEAN yang turut bertanding dalam Sukipt 2018 ialah Thailand, Indonesia dan Singapura yang diwakili Nanyang Technological University.
Thailand diwakili Thaksin University, Nakhon Si Thammarat Rajabhat University, Phuket Rajabhat University, Suratthani University dan Thammasat University.
Indonesia diwakili Universitas Negeri Jakarta dan Universitas Surabaya.
Sukipt 2018 merupakan edisi keempat sejak mula diperkenalkan pada 2012 melibatkan penyertaan 6,000 atlet yang bertanding dalam 27 acara sukan.
Temasya sukan itu disertai 78 kontinjen iaitu 20 universiti awam, 42 universiti swasta, sembilan universiti antarabangsa, lima institut pendidikan guru, sebuah politeknik dan sebuah kolej komuniti. Ia berlangsung dari 2 hingga 10 Feb.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Idris Jusoh
#India
#Indonesia
#institusi pendidikan tinggi
#sukan
#Sukipt
#Thailand
#UKM
#Universiti Kebangsaan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan