awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Komanwel: Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke final

Astro Arena
Astro Arena
07/08/2022
13:52 MYT
Sukan Komanwel: Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke final
Pearly Tan-M Thinaah, berjaya mara ke final Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi. - Gambar/ Stadium Astro
PASANGAN beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, membawa cabaran ke final apabila menundukkan wakil India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, dalam saingan Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.
Ia merupakan aksi ulangan final berpasukan campuran selepas Pearly-M Thinaah berjaya menoktahkan kemenangan 3-1 sekali gus memastikan pingat emas buat kontinjen negara.
Dalam perlawanan itu, beregu wanita negara itu menang dalam aksi dua set 21-17, 21-18 dan mereka sekali mempamerkan dominasi dalam set pembukaan.
Kemenangan 21-13 menyaksikan Pearly-M Thinaah memegang kelebihan memasuki set kedua.
Pasangan India itu menampilkan permulaan yang baik dalam set kedua, namun Pearly-M Thinaah membuktikan mereka memiliki keazaman yang lebih tinggi untuk ke final selepas memastikan kemenangan 21-16.
Menanti mereka di final adalah wakil tuan rumah, Chloe Birch-Laure Smith sekali gus memburu pingat emas buat kontinjen negara.
Sementara itu, pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, turut ke final selepas menewaskan S. Kidambi dalam pertembungan tiga set.
Artikel asal di Stadium Astro.
Topic Berkaitan
#Sukan Komanwel Birmingham
#final
#Malaysia
#Pearly Tan-M Thinaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan