awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Hanoi: Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang

Astro Arena
Astro Arena
18/05/2022
13:29 MYT
Sukan SEA Hanoi: Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang
Hoe Yean memastikan pingat emas berada di dalam gengamannya selepas muncul perenang terpantas acara 200m gaya bebas dengan mencatatkan 1:47.810s. - Gambar/ Stadium Astro
PENANTIAN pingat emas daripada skuad renang negara akhirnya ditamatkan oleh Khiew Hoe Yean dengan mengungguli acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik My Dinh sebentar tadi.
Terdahulu, atlet muda berusia 20 tahun itu sudahpun memastikan kutipan empat pingat perak, masing-masing dalam acara 400m gaya bebas, 200m kuak lentang, 4x100m gaya bebas berganti-ganti dan 4x200m gaya bebas berganti-ganti.
Namun, kali ini, dia memastikan pingat emas berada di dalam gengamannya selepas muncul perenang terpantas acara 200m gaya bebas dengan mencatatkan 1:47.810s -- catatan peribadi terbaiknya.
Pingat perak pula dimenang Quah Zheng Wen dari Singapura dengan 1:48.200s manakala perenang tuan rumah, Vietnam, Hoang Quy Phuoc (1:49.350s), memenangi gangsa.
Artikel asal di Stadium Astro.
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Hanoi
#renang
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan