awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Hanoi: Skuad golf lelaki tamatkan kemarau 21 tahun raih emas

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2022
07:45 MYT
Sukan SEA Hanoi: Skuad golf lelaki tamatkan kemarau 21 tahun raih emas
Pemain golf berpasukan lelaki negara (dari kiri) Nateeshvar, Ervin Chang, Rhaasrikanesh dan Marcus Lim memenangi pingat emas pada Sukan SEA ke-31 di Heron Lake Golf Course, Hanoi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pasukan golf negara membutirkan dua lagi pingat pada Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.
Skuad lelaki, K Rhaasrikanesh, Ervin Chang, Marcus Lim dan A Nateeshvar berjaya menyumbang pingat emas dalam acara tersebut selepas menewaskan pasukan Thailand, 2-1 pada aksi akhir, sebentar tadi.
Kemenangan tersebut sekali gus menamatkan kemarau emas 21 tahun bagi acara golf berpasukan lelaki.
Sementara itu, Stadium Astro melaporkan K Rhaasrikanesh muncul wira apabila beraksi cemerlang di lubang ke-17 di Heron Lake Golf Course untuk mengatasi Pongsapak Laopakdee, sekali gus membutirkan mata kemenangan pasukan.
"Dia sedang membuat pukulan ketiga dan saya berada di belakangnya.
"Masa itu saya rasa amat gemuruh. Tapi ketika mahu membuat pukulan keempat, terlintas di fikiran saya bahawa pukulan ini akan pastikan emas.
"Pengurus pasukan (Teoh Piek Kee) berpesan supaya saya membayangkan bola berada di dalam lubang itu. Jadi saya mencuba dan ia masuk, kita menang emas," katanya.
Sementara itu, pasukan wanita yang dibarisi Jeneath Wong dan Mirabel Ting pula terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas kepada Thailand dengan perbezaan satu mata, 1.5 - 0.5.
Ervin sebelum ini menamatkan penantian negara selama 20 tahun selepas meraih pingat emas buat kontinjen negara menerusi acara golf individu (lelaki).
Topic Berkaitan
#Golf emas Malaysia
#Sukan SEA
#Emas Sukan SEA
#Malaysia sukan SEA
#Hanoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan