awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Rachel tuai emas kedua peribadi di Hanoi

Bernama
Bernama
16/05/2022
11:19 MYT
Sukan SEA: Rachel tuai emas kedua peribadi di Hanoi
Gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, terus menampilkan aksi terpuji apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Gimnasium Quan Ngua hari ini. - Foto BERNAMA
HANOI: Gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, terus menampilkan aksi terpuji apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Gimnasium Quan Ngua hari ini.
Pencapaian cemerlang gimnas berusia 23 tahun itu dalam acara titian imbangan, sehari selepas meraih emas dalam acara palang bertingkat, semalam.
Pada saingan hari ini, Rachel mempamerkan aksi mantap untuk mengutip 12.567 mata, mengatasi pencabarnya dari Filipina Aleah Finnegan Cruz yang mengutip 12.367 mata, manakala pingat gangsa milik peserta tuan rumah Pham Nhu Phuong (12.167 mata).
Ketika ditemui pemberita, Rachel berkata pencapaian di Hanoi itu menaikkan semangatnya untuk berusaha lebih keras bagi menghasilkan keputusan membanggakan pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, Julai depan dan Sukan SEA 2023 di Kemboja.
Rachel berkata sebelum turun beraksi hari ini, beliau hanya meletakkan sasaran untuk menamatkan saingan dalam kedudukan tiga terbaik.
"Persaingan sangat sengit di sini dan memenangi dua pingat emas dan satu gangsa adalah pencapaian baik," kata atlet kelahiran Pulau Pinang itu yang turut meraih gangsa dalam acara all-around individu, dua hari lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gimnas artistik wanita
#Rachel Yeoh Li Wen
#gimnastik
#pingat emas
#Sukan SEA Hanoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan