awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKMA: Acara futsal wanita, 10 meter platform wanita digugurkan

Bernama
Bernama
06/04/2024
22:00 MYT
SUKMA: Acara futsal wanita, 10 meter platform wanita digugurkan
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. - Gambar fail
KUCHING: Acara futsal wanita dan terjun 10 meter (m) platform wanita digugurkan daripada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung di Bumi Kenyalang, Ogos ini.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kedua-dua acara tersebut terpaksa digugurkan kerana kurang jumlah penyertaan.
Beliau berkata mengikut peraturan sedia ada, sesuatu acara sukan memerlukan sekurang-kurangnya enam negeri yang bertanding untuk diteruskan.
"Saya sedih juga kerana itu (10 m platform wanita) adalah salah satu daripada acara yang boleh memberi emas kepada Sarawak tetapi kini kita dimaklumkan hanya empat negeri sahaja yang mahu bertanding.
"Acara futsal wanita juga hanya empat negeri yang mahu menghantar wakil, kadang-kadang sukan yang melibatkan ramai pemain dan negeri tertentu tidak yakin capai podium finish mereka tidak akan hantar wakil kerana melibatkan kos," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Juh Berambeh Sungkei di Padang Merdeka di sini, semalam.
Pernah menjadi hos SUKMA pada 1990 dan 2016, Sarawak sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah penganjuran SUKMA edisi ke-21 yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan manakala Para SUKMA pula pada 20 hingga 28 Sept ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SUKMA
#futsal wanita
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#terjun 10 meter platform wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan