awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Team Secret hangatkan MPL edisi ke-11

Bernama
Bernama
17/02/2023
12:26 MYT
Team Secret hangatkan MPL edisi ke-11
Team Secret akan menyertai Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia buat julung kalinya pada edisi ke-11, yang akan membuka tirai pada 10 Mac ini. - Foto Facebook/Team Secret
KUALA LUMPUR: Pasukan terkemuka antarabangsa, Team Secret akan menyertai Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia buat julung kalinya pada edisi ke-11, yang akan membuka tirai pada 10 Mac ini.
Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Moontoon Fikri Rizal Mahrudin memaklumkan, kemasukan pasukan itu dalam MPL, selepas pengunduran pasukan Orange E-Sports kira-kira sebulan lalu.
Beliau berkata kehadiran Team Secret dijangka bakal meningkatkan nilai liga MPL, berdasarkan status pasukan berkenaan yang mempunyai rekod yang cemerlang bukan sahaja di peringkat antarabangsa malah di negara ini.
"Orange E-Sports sudah keluar daripada MPL, jadi kami sudah mengadakan beberapa siri mesyuarat perbincangan dan bersetuju untuk mengisi slot itu kepada Team Secret. Malah dengan kehadiran mereka juga ia bakal menyaksikan persaingan hebat buat pasukan-pasukan lain yang bertanding," katanya pada sesi sidang media pengenalan MPL Malaysia musim ke-11 di sini hari ini.
Sebagai rekod, Team Secret merupakan antara pasukan yang sentiasa mendominasi permainan dalam talian 'PlayerUnknown's Battleground' (PUBG).
Pada edisi lalu, skuad e-sukan Team Haq mencipta sensasi apabila berjaya muncul juara pada penampilan sulungnya dalam perlawanan Grand Final MPL Malaysia musim ke-10, dengan mengejutkan juara bertahan pasukan Todak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-sukan
#Team Secret
#MPL Malaysia
#Mobile Legends
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan