awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Amir Shah kesal situasi semasa Selangor FC

Bernama
Bernama
30/08/2022
08:33 MYT
Tengku Amir Shah kesal situasi semasa Selangor FC
Tengku Amir yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bertitah ramai yang membuat tanggapan serta dakwaan tidak tepat berkenaan penglibatan baginda dalam pengurusan Selangor FC.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah amat kesal dengan situasi semasa Selangor FC dan berapa insiden melibatkan skuad Gergasi Merah itu ketika ini.
Tengku Amir yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bertitah ramai yang membuat tanggapan serta dakwaan tidak tepat berkenaan penglibatan baginda dalam pengurusan Selangor FC.
Baginda menegaskan tidak semestinya setiap gerak kerja baginda bersama Selangor perlu dipertontonkan di laman media sosial.
"Untuk pengetahuan semua, setiap keputusan teknikal dan pengurusan kelab yang penting adalah berteraskan hala tuju yang telah Beta tetapkan dan berasaskan perkenan daripada Beta sendiri.
"Keputusan-keputusan ini dibuat berdasarkan pemerhatian Beta dan juga melalui siri perbincangan terperinci bersama Pengarah Sukan, Ahli Lembaga Pengarah dan jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan," titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.
Tengku Amir bertitah baginda sedar prestasi pasukan baru-baru ini tidak seperti diharapkan, namun memberi jaminan baginda dan pihak pengurusan telah mengenal pasti kekurangan yang perlu diperbaiki secara terperinci.
"Beta bersama pihak pengurusan sudah mula menangani isu-isu berkenaan dan memulakan gerak kerja untuk musim hadapan yang akan disusuli dengan beberapa pelantikan teknikal baharu termasuk Pengarah Sukan, Pengarah Teknikal, bahagian kejurulatihan, serta langkah lain perlu diambil untuk memperkuatkan pasukan utama Selangor FC," titah baginda.
Tengku Amir turut menyeru semua penyokong Selangor untuk terus bersatu dan tidak mudah berpaling daripada kebersamaan kerana pengaruh unsur luar yang tidak berasas dan bertujuan memecahbelahkan.
"Beta juga ingin tekankan dan memberi jaminan bahawa tidak pernah ada parasit di dalam pengurusan Beta. Ini sebenarnya adalah saat kita memerlukan sokongan yang positif, membina dan tidak berbelah bahagi daripada semua agar kita dapat bersama membantu pasukan kesayangan ini bangkit semula," titah baginda.
Sementara itu Tengku Amir mengucapkan jutaan terima kasih kepada bekas Naib Presiden FAS dan Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Izhar Moslim atas segala sumbangan dan pengorbanan sepanjang bersama Selangor susulan peletakan jawatannya bertarikh 7 Julai lepas.
Sebagai rekod, berikutan prestasi buruk Selangor, pasukan itu ketika ini menghuni tangga kesembilan Liga Super selepas hanya mengumpul 16 mata daripada 15 perlawanan, selain turut tersingkir di separuh akhir Piala FA di tangan TFC.
Selangor kini melalui kemarau kejuaraan enam tahun selepas kali terakhir menikmati kejayaan dengan memenangi Piala Malaysia 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Muda Selangor
#tengku amir shah
#Selangor FC
#Gergasi Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan