awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Muhammad Iskandar rasmi pusingan akhir WAGC

Bernama
Bernama
15/11/2022
22:15 MYT
Tengku Muhammad Iskandar rasmi pusingan akhir WAGC
Para peserta akan memulakan saingan dalam aksi final berlangsung tiga pusingan di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh pada Rabu. - Foto Facebook/World Amateur Golfers Championship - Malaysia
KUALA LUMPUR: Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah berkenan merasmikan pusingan akhir Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di sini.
Menurut kenyataan media pada Selasa, Tengku Muhammad Iskandar turut berkenan memulakan tee-off kejohanan yang disertai lebih 120 peserta dari seluruh dunia.
Tengku Muhammad Iskandar mencipta detik manis apabila membuat pukulan jauh sebelum mendarat di laluan sempit pada lubang ke-10 par 5 di West Cource KLGCC.
Turut sama menyaksikan detik manis itu Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengarah Kanan Tourism Malaysia Mohamed Amin Yahya, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif WGC Ltd Datuk Nils G Nordh, Presiden WAGC Isac Saminathan, duta, pesuruhjaya tinggi dan media.
Para peserta akan memulakan saingan dalam aksi final berlangsung tiga pusingan di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh pada Rabu, diikuti pusingan kedua di Glenmarie Golf and Country Club pada Khamis (17 Nov) dan pusingan ketiga di Kota Permai Golf and Country Club, Shah Alam pada Jumaat (18 Nov).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Arif Bendahara Pahang
#Tengku Muhammad Iskandar
#WAGC
#golf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan