awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Wimbledon: Federer ke pusingan keempat selepas benam Norrie

Astro Arena
Astro Arena
04/07/2021
08:54 MYT
Tenis Wimbledon: Federer ke pusingan keempat selepas benam Norrie
Federer bangkit daripada aksi goyah dalam set ketiga untuk merakamkan kemenangan 6-4, 6-4, 5-7, 6-4 di Gelanggang Tengah awal pagi tadi. - Foto Stadium Astro
LONDON: Roger Federer mengatasi aksi bersemangat tinggi pemain tuan rumah, Cameron Norrie, untuk mencongak perhitungan dengan Lorenzo Sonego dalam pusingan keempat Kejohanan Tenis Wimbledon.
Pemain berusia 39 tahun itu -- juara lapan kali di All England Club -- bangkit daripada aksi goyah dalam set ketiga untuk merakamkan kemenangan 6-4, 6-4, 5-7, 6-4 di Gelanggang Tengah awal pagi tadi.
Pemain nombor dua British, Norrie, menikmati pencapaian terbaiknya dalam kejohanan grand slam di gelanggang rumput itu tetapi melakukan double foult dalam set pertama, yang kemudian dimenangi lawan dari Switzerland itu selepas mematahkan servisnya.
Keampuhan Federer mula menjadi persoalan sebaik dia berdepan dua mata break dalam set kedua tetapi segera membuka langkah untuk memenanginya dengan pungutan empat mata berturut-turut.
Skrip berbeza dalam set ketiga apabila Norrie memanfaatkan tiupan angin yang berpihak kepadanya untuk kembali memberikan saingan dengan memenangi set berkenaan.
Bagaimanapun Federer selepas itu jelas tidak memandang ke belakang untuk menamatkan cabaran wakil British berkenaan di pusingan ketiga.
Topic Berkaitan
#Roger Federer
#tenis Wimbledon
#Grand Slam
#Cameron Norrie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan