awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir

Bernama
Bernama
19/10/2023
13:31 MYT
Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir
Gandingan di kedudukan keempat dunia itu bangkit pada set kedua untuk untuk menyingkirkan pasangan juara dunia tiga kali berkenaan 16-21, 21-5, 21-15 dalam perlawanan yang mengambil masa 41 minit. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mara ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di pusingan kedua Terbuka Denmark 2023 di Odense hari ini.
Gandingan di kedudukan keempat dunia itu bangkit pada set kedua untuk untuk menyingkirkan pasangan juara dunia tiga kali berkenaan 16-21, 21-5, 21-15 dalam perlawanan yang mengambil masa 41 minit.
Juara dunia 2022 itu dijangka berdepan laluan mudah untuk menempah slot ke separuh akhir apabila dijadual bertemu pasangan di kedudukan ke-16 dunia dari China Hi Ji Ting-Ren Xiang Yu yang mengalahkan pasangan tuan rumah Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-15,21-5.
Sementara itu, beregu campuran negara Chen Tan Jie-Toh Ee Wei ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua oleh pilihan kelima kejohanan Dechapol Puavanakroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand 15-21, 12-21.
Menerima nasib sama beregu wanita profesional, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien yang ditewaskan pasangan Hong Kong Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam 15-21, 21-17, 20-22.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Terbuka Denmark
#pasangan tuan rumah
#laluan mudah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan