awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Denmark: Dua beregu campuran negara bertemu sesama sendiri di suku akhir

Bernama
Bernama
16/10/2025
12:27 MYT
Terbuka Denmark: Dua beregu campuran negara bertemu sesama sendiri di suku akhir
Malaysia sudah mengesahkan satu slot separuh akhir beregu campuran Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 apabila Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bakal berentap sesama sendiri pada aksi suku akhir esok. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia sudah mengesahkan satu slot separuh akhir beregu campuran Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 apabila Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bakal berentap sesama sendiri pada aksi suku akhir esok.
Pada aksi pusingan kedua di Jyske Bank Arena, Odense hari ini, pasangan utama negara Tang Jie-Toh Ee Wei tidak berdepan banyak masalah untuk mara ke kelompok lapan terbaik selepas menundukkan gandingan China Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying 21-14, 21-11.
Kemenangan itu menyaksikan beregu ranking keempat dunia itu akan berdepan rakan senegara Soon Huat-Shevon yang terlebih dahulu mara selepas mengetepikan gandingan Jepun Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara 21-18, 21-13.
Sementara itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah bagaimanapun terkandas di pusingan kedua apabila dikejutkan oleh pasangan ranking ke-55 dunia dari Jepun Arisa Igarashi-Chiharu Shida 18-21, 9-21.
Terdahulu, beregu lelaki negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong mencipta kejutan apabila menyingkirkan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae dengan kemenangan straight set 21-19, 21-14.
Beregu ranking ke-24 dunia itu akan meneruskan cabaran di suku akhir menentang pilihan kelima kejohanan dari China Liang Wei Keng-Wang Chang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Badminton Terbuka Denmark
#beregu campuran negara
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
#Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan