awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka India: Muhammad Azeem, Danish raih podium pecut 100 meter

Bernama
Bernama
10/08/2025
20:45 MYT
Terbuka India: Muhammad Azeem, Danish raih podium pecut 100 meter
Muhammad Azeem Mohd Fahmi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Danish Iftikhar Muhammad Roslee menghadiahkan pingat buat negara di Kejohanan Terbuka India, apabila masing-masing meraih podium acara pecut 100 meter (m) di Bhubaneswar, semalam.
Pada aksi berlangsung di Stadium Kalinga, Muhammad Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) menjadi individu pertama tiba di garisan penamat dengan catatan 10.35s.
Manakala Danish yang juga beraksi di final bersama-sama Muhammad Azeem, merekodkan 10.50s untuk berada di kedudukan ketiga.
Tempat kedua acara itu dimenangi atlet Sri Lanka, Chamod Yodhasinghe (10.43s).
Terdahulu, kedua-dua pelumba mara ke final selepas Muhammad Azeem menamatkan saringan kedua di tempat pertama, manakala Danish meraih tempat ketiga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka India
#Muhammad Azeem Fahmi
#Danish Iftikhar Muhammad Roslee
#100m
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan