awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Malaysia: Pei Jing tidak mahu pulang awal sekali lagi

Bernama
Bernama
09/01/2023
06:25 MYT
Terbuka Malaysia: Pei Jing tidak mahu pulang awal sekali lagi
Pei Jing berkata permulaan baik pada Terbuka Malaysia yang menjadi kejohanan pembuka musim ini juga penting bagi mendapatkan momentum menjelang tempoh kelayakan Olimpik Paris 2024. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara Lai Pei Jing tidak mahu berputih mata pulang awal daripada Terbuka Malaysia sekali lagi, apabila bakal bertemu rakan senegara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di Axiata Arena, di sini.
Pada edisi lepas, Pei Jing dan pasangannya Tan Kian Meng yang kini berada di tangga keenam dunia, tersingkir kepada rakan sepasukan Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai seawal pusingan pertama.
Justeru, pemain profesional berusia 30 tahun kelahiran Pahang itu tekad untuk melangkah lebih jauh pada edisi kali ini yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad ini dengan menjadikan Tang Jie-Ee Wei, yang baru digandingkan sebagai 'korban' pertama mereka.
"Lawan rakan sepasukan di dalam negara sendiri memang rumit, tapi undian dah begitu. Kalau lawan pemain dari negara lain, perasaannya lain... Kami harap dapat beraksi dalam perlawanan yang menarik dan lakukan yang terbaik kerana kami kini lebih yakin.
"Kalah bukan selama-lamanya, kami perlu bangkit semula untuk menang. Apa yang penting, kami perlu terima kekalahan, kemudian perbaiki mana yang kurang," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan rasmi di sini, hari ini.
Bagaimanapun, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2022 itu mengakui bahawa kelajuan angin yang tinggi terutamanya di dua gelanggang di tepi, sebagai antara cabaran utama yang perlu dilalui.
Sementara itu, Pei Jing berkata permulaan baik pada Terbuka Malaysia yang menjadi kejohanan pembuka musim ini juga penting bagi mendapatkan momentum menjelang tempoh kelayakan Olimpik Paris 2024 bermula Mei ini hingga April tahun depan.
Beliau berkata bukan sahaja perlu bersaing tempat ke Olimpik dengan lawan dari negara lain, tetapi turut perlu berlawan dengan rakan senegara seperti Soon Huat-Shevon, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing dan Tang Jie-Ee Wei.
"Untuk tahun ini, semua kejohanan penting kerana kita nak kekalkan ranking, supaya dapat undian yang lebih bagus bagi kelebihan untuk layak ke Olimpik.
"Berada di ranking teratas ini perasaannya bercampur baur, dengan gembira dan rasa tekanannya, tetapi kita ambil positif dengan harapan untuk menaikkan lagi semangat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beregu campuran negara
#Lai Pei Jing
#badminton
#Terbuka Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan