awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka AS: Sivasangari cemerlang, Rachel dan Aifa tersingkir

Bernama
Bernama
20/10/2025
00:50 MYT
Terbuka AS: Sivasangari cemerlang, Rachel dan Aifa tersingkir
Sivasangari akan berdepan seorang lagi pemain Mesir, Sana Ibrahim di pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat 2025. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Jaguh skuasy wanita negara S.Sivasangari memulakan kempen Terbuka Amerika Syarikat 2025 dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua di Philadelphia, semalam.
Pilihan ketujuh kejohanan itu tidak menghadapi masalah untuk menewaskan pemain Mesir Kenzy Ayman 11-4, 11-9, 11-9 dalam tempoh 21 minit di Arlen Specter Squash Center.
Pemain berusia 26 tahun itu akan berdepan seorang lagi pemain Mesir, Sana Ibrahim di pusingan kedua.
Bagaimanapun, dua lagi wakil negara Rachel Arnold dan Aifa Azman tersingkir awal selepas tewas dalam aksi pusingan pertama.
Rachel tewas kepada Fayrouz Aboelkheir dari Mesir 7-11, 7-11, 9-11 manakala Aifa tewas kepada pemain ranking kedua dunia juga dari Mesir Hania El Hammamy 2-11, 5-11, 8-11.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#Sivasangari
#Terbuka Amerika Syarikat 2025
#Rachel Arnold
#Aifa Azman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan