awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Terima kasih atas kepercayaan, pertemuan dengan BAM dalam masa terdekat' - Tengku Zafrul

Hilmi Malik
Hilmi Malik
14/10/2023
08:57 MYT
'Terima kasih atas kepercayaan, pertemuan dengan BAM dalam masa terdekat' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, pertemuan dengan BAM akan diadakan dalam masa terdekat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung pemilihannya mengisi jawatan presiden persatuan itu dan hala tuju sukan berkenaan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu pada masa sama merakamkan ucapan penghargaan atas kepercayaan BAM terhadapnya.
“Saya baru sahaja terima mesej daripada Presiden BAM (Tan Sri Mohamad Norza Zakaria) yang ucap tahniah kepada saya... dan perkara ini memang baru sahaja dimaklumkan.
“Saya ingin berterima kasih kepada atas keyakinan dan kepercayaan yang diberi oleh majlis BAM atas pelantikan saya dan Insya-Allah saya akan berjumpa dengan BAM dalam masa terdekat untuk perancangan masa depan,” katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-15 Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan di sini, pada Sabtu.
Keputusan pemilihan Tengku Zafrul bagi menggantikan Mohamad Norza diumumkan selepas mesyuarat Majlis BAM yang berlangsung hari ini.
BAM akan memperincikan perkara itu secara dalaman sewaktu sidang mesyuarat berikutnya yang dijadual pada Disember.
Sebelum ini, Mohamad Norza membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan akan melepaskan jawatan Presiden BAM pada hujung tahun ini.
Dalam mesyuarat yang sama juga, BAM telah mengumumkan pelantikan bekas pemain Indonesia, Jeffer Rosobin sebagai ketua skuad remaja menggantikan Datuk Misbun Sidek.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#BAM
#presiden BAM
#Mohamad Norza Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan