awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terkejut Perak kenduri gol - Mehmet

Bernama
Bernama
08/10/2018
01:45 MYT
Terkejut Perak kenduri gol - Mehmet
MEHMET: Secara keseluruhan, saya berbangga dengan aksi yang dipamerkan kesemua pemain. - Gambar fail
Pengendali Perak, Mehmet Durakovic mengakui terkejut dan tidak menjangkakan pasukannya mampu berpesta gol dalam pertemuan menentang Sabah bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018, di Stadium Ipoh, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, aksi dipamerkan anak didiknya cukup cemerlang dan ia dibuktikan dengan serangan bertali arus yang dilancarkan ke kubu lawan sepanjang perlawanan.
"Ini adalah keputusan yang cukup baik untuk dibawa ke Likas (Sabah) nanti bagi aksi timbal balik. Secara keseluruhan, saya berbangga dengan aksi yang dipamerkan kesemua pemain.
"Mereka mengikut arahan yang direncanakan dan paling penting tidak mensia-siakan peluang untuk menghasilkan jaringan," katanya pada sidang media sejurus selesai perlawanan, di sini, malam tadi.
BACA: Perak berpesta gol tewaskan Sabah 5-0
Dalam pertembungan itu, Perak yang turun tanpa khidmat ketua pasukan, Mohamad Nasir Basharuddin berpesta gol apabila membenam skuad Sang Badak 5-0 melalui jaringan Mohd Nor Hakim Hassan minit ke-16, Wander Luiz Junior (minit-42), Gilmar Da Silva (minit-73), Muhammad Firdaus Saiyadi (minit-76) dan Leandro Dos Santos (minit-92).
Bagaimanapun, Mehmet menjelaskan beliau tidak mahu terlalu selesa dengan kelebihan yang dimiliki selain akan terus fokus untuk mengekalkan momentum kemenangan pasukannya dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Likas, 21 Okt ini.
"Kami ada rehat lebih kurang dua minggu sebelum aksi kedua. Mungkin dalam tempoh tersebut kami akan mempersiapkan pasukan terutama sama ada mengekalkan skuad sedia ada atau menurunkan barisan simpanan," katanya.
Pemain Perak, Mohd Nor Hakim Hassan berkata beliau optimis Perak mampu menempah slot ke perlawanan akhir dengan kelebihan gol yang dimiliki.
Beliau yang terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan turut menghamburkan pujian terhadap semangat juang yang ditonjolkan rakan sepasukan dalam memburu gol di laman sendiri.
Sementara itu, jurulatih Sabah Jelius Ating berkata beliau kecewa dengan persembahan yang ditonjolkan pasukannya dalam keseluruhan permainan itu.
Katanya, rata-rata pemain tidak menunjukkan karakter untuk memenangi perlawanan dan ia dihukum dengan jaringan demi jaringan yang dihasilkan barisan serangan pasukan Perak.
"Secara keseluruhan, ini bukan prestasi sebenar pasukan kami. Bolos dengan jaringan besar seumpama ini nyata membunuh semangat anak buah saya. Saya akui untuk aksi kedua di Likas nanti ia sememangnya sukar, " katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#mehmet durakovic
#Perak
#Piala Malaysia
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan