awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pemain warisan dijangka tiba minggu hadapan - Cklamovski

Bernama
Bernama
13/03/2025
09:45 MYT
Tiga pemain warisan dijangka tiba minggu hadapan - Cklamovski
Ketua Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan Peter Cklamovski ketika mengadakan sidang media pengumuman skuad Harimau Malaya sempena Kelayakan Piala Asia 2027 di Wisma FAM hari ini. - Foto Bernama
PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya menerima perkhabaran positif apabila tiga pemain warisan dijangka tiba minggu hadapan sebelum aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal 25 Mac ini.

Ringkasan AI
  • Tiga pemain warisan dijangka tiba minggu hadapan sebelum aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal pada 25 Mac.
  • Ketua jurulatih Peter Cklamovski mengesahkan proses pendaftaran pemain berada di fasa terakhir, dengan berita baik akan diumumkan minggu depan.
  • Aksi pertama Kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Nepal akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Perkara itu disahkan ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Peter Cklamovski yang memaklumkan proses pendaftaran pemain itu kini berada di fasa terakhir.
"Semua pemain Malaysia serta urusan pemain warisan kini berada di peringkat akhir, dan berita baik akan diumumkan minggu depan untuk beberapa pemain.
"Buat masa ini hanya tiga pemain dan selebihnya akan diumum pada Jun," katanya dalam sidang media sempena pengumuman senarai 27 pemain yang akan menggalas tugas bagi aksi menentang Nepal.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang menunggu lampu hijau daripada Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan bagi empat pemain warisan baharu Harimau Malaya.
FAM juga dilaporkan dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain.
Aksi pertama Kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Nepal akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemain warisan
#harimau Malaya
#Peter Cklamovski
#Proses pendaftaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan