awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga tenaga import baharu perkuat Negeri Sembilan menjelang lawan JDT

Astro Arena
Astro Arena
08/01/2026
23:10 MYT
Tiga tenaga import baharu perkuat Negeri Sembilan menjelang lawan JDT
Meskipun rekod tanpa kalah di laman sendiri terus menjadi tonik terbaik buat pasukannya, Nidzam mengakui cabaran sebenar akan tiba ketika mereka berdepan pasukan gergasi seperti JDT. - Foto Astro ARENA
KEHADIRAN tiga tenaga import baru, Anuar Ceesay (Wales), Oday Kharoub (Palestin) dan Kei Oshiro (Jepun) akan menjadi suntikan segar buat Negeri Sembilan menjelang aksi Liga Super menentang juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), di Paroi malam ini.
Ketua jurulatih Skuad Jang, Nidzam Jamil, berkata kemasukan tiga pemain itu adalah sebahagian daripada perancangan berfasa pasukan berkenaan tetapi tahap kecergasan dan keserasian sesama pemain masih bersifat subjektif.
Meskipun rekod tanpa kalah di laman sendiri terus menjadi tonik terbaik buat pasukannya, Nidzam mengakui cabaran sebenar akan tiba ketika mereka berdepan pasukan gergasi seperti JDT.
"Untuk kecergasan agak subjektif tetapi ia akan dari semasa ke semasa kerana liga kita masih panjang dan ada lagi lima hingga enam bulan untuk dihabiskan," katanya kepada Astro Arena.
"Saya harap mereka akan dapat kecergasan yang optimum dari semasa ke semasa.
"Rekod adalah rekod. Kami gembira tidak kalah dalam saingan liga tetapi cabaran dengan pasukan seperti JDT, Kuching City dan Selangor sentiasa menjanjikan aksi yang tegang dan banyak drama.
"Saya harap kami dapat mengekalkan sikap dan minda yang positif untuk mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan ini."
Topic Berkaitan
#JDT
#Negeri Sembilan FC
#Liga Super
#pemain import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan