awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ tidak terlepas daripada hukuman FAM

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2013
00:53 MYT
TMJ tidak terlepas daripada hukuman FAM
Sekalipun sudah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak akan terlepas daripada hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ia susulan tindakannya duduk di bangku simpanan semasa perlawanan Johor Darul Takzim menentang Terengganu 30 Mac lalu.
Tindakan Tunku Ismail di Stadium Larkin itu jelas mencetuskan kontroversi baru bola sepak tanah air.
Ia dilakukan ketika baginda sedang menjalani hukuman penggantungan enam bulan oleh FAM selepas melanggar artikel 88 status badan induk itu.
Seperti tidak mahu memanjangkan isu berkenaan, Tunku Ismail mengambil keputusan untuk mengundur diri sebagai Presiden PBNJ.
Ia dengan alasan supaya baginda tidak terikat dengan undang-undang FAM sebagai Tengku Mahkota Johor.
Bagaimanapun, Tunku Ismail tampak tetap bakal dikenakan tindakan oleh FAM.
Ia berpandukan kes terdahulu membabitkan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) , Datuk Seri Shahidan Kassim.
Bekas Menteri Besar Perlis itu tetap dikenakan hukuman oleh FAM walaupun telah meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa badan itu.
Shahidan dijatuhkan hukuman pengantungan 2 tahun setengah dan didenda RM39,000 atas kesalahan melanggar artikel 88 FAM.
Topic Berkaitan
#FAM
#PBNJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan