awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Azreen Nabila tumpu teknik garisan penamat

Astro Arena
Astro Arena
17/07/2021
23:37 MYT
Tokyo 2020: Azreen Nabila tumpu teknik garisan penamat
AZREEN NABILA: Saya berlatih seperti biasa iaitu satu atau dua sesi sehari; Tumpuan saya ketika ini ialah teknik larian terutama di bahagian penghujung larian. - Foto Astro ARENA
ATLET pecut meningkat naik negara, Azreen Nabila Alias, berperang dengan masa untuk memperbaiki teknik larian khususnya dari di penghujung perlumbaan sebelum bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo pada 25 Julai depan.
Atlet kelahiran Setiu, Terengganu, berusia 21 tahun itu komited untuk memperbaharui catatan terbaiknya, 11.81s, yang dilakar dalam Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.
Untuk rekod, Azreen Nabila yang akan berlari atas tiket peluang khas mencatat masa 12. 00s ketika merangkul emas 100m Grand Prix Malaysia, April lalu.
"Saya berlatih seperti biasa iaitu satu atau dua sesi sehari.
"Tumpuan saya ketika ini ialah teknik larian terutama di bahagian penghujung larian.
"Tubuh akan dikira menyentuh garisan penamat terlebih dahulu tapi biasanya kaki saya sampai lebih awal.
"100m 10s dan 11s tapi berlatih macam nak mati. Hajat untuk memperbaiki catatan masa bukan mudah walaupun sesaat," katanya dalam Nadi Weekend malam tadi.
Topic Berkaitan
#sukan
#Tokyo
#Olimpik
#SUKMA
#terengganu
#atlet
#Azreen Nabila Alias
#pelari pecut
#berlatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan