awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trofi Joan Gamper: Barcelona tewas kepada Monaco

Astro Arena
Astro Arena
13/08/2024
02:40 MYT
Trofi Joan Gamper: Barcelona tewas kepada Monaco
Jurulatih Monaco Adi Hutter bergambar bersama pemain selepas mereka menewaskan Barcelona untuk memenangi Trofi Joan Gamper di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona, Sepanyol, 12 Ogos 2024. REUTERS
BARCELONA 0 MONACO 3
Kemenangan 11 tahun Barcelona dalam perebutan Trofi Joan Gamper berakhir apabila pasukan bimbingan Hansi Flick itu tewas 0-3 kepada Monaco di Montjuic awal pagi tadi.
Flick tidak menurunkan nama-nama besar pasukannya dalam pertemuan pemanas badan musim baru itu di Estadi Olimpic Lluis Companys walaupun Robert Lewandowski berada dalam kesebelasan utama dan pemain seperti Lamine Yamal, Ilkay Gundogan dan Ferran Torres pula berada senarai pemain simpanan.
Selepas terikat tanpa jaringan dalam babak pertama, Monaco mempamerkan aksi luar biasa dalam separuh masa berikutnya untuk Lamine Camara memanfaatkan kesilapan hantaran Inigo Martinez bagi memecahkan kebuntuan pada minit ke-50.
Breel Embolo menambah gol kedua Monaco berselang tujuh minit, di mana pemain kebangsaan Switzerland itu melakukan larian pantas sebelum menewaskan penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen, dengan lambungan gemilangnya.
Pelawat bimbingan Adi Hutters kemudian melengkapkan kemenangan mereka dengan pemain gantian, Christian Mawissa, melakukan penyudah lencong yang tepat menuju ke penjuru kiri bawah gawang Barca.
Topic Berkaitan
#barcelona
#Trofi Joan Gamper
#Monaco
#Hansi Flick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan