awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuchel positif COVID-19

Sinar Harian
Sinar Harian
05/02/2022
21:07 MYT
Tuchel positif COVID-19
Tuchel dijangka kembali menyertai Chelsea di Abu Dhabi minggu depan. - Gambar fail
PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel disahkan positif COVID-19 hanya beberapa jam sebelum aksi pusingan keempat Piala FA menentang Plymouth Argyle, pada Sabtu.
Menurut kenyataan rasmi Chelsea, Tuchel akan melakukan pengasingan kendiri sebelum dijangka kembali menyertai anak-anak buahnya di Abu Dhabi minggu depan untuk saingan Piala Dunia Kelab.
Chelsea akan berlepas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas tamat perlawanan Piala FA menentang Plymouth di Stamford Bridge.
Dalam saingan Piala Dunia Kelab Chelsea yang tampil selaku juara Liga Juara-Juara akan berdepan sama ada kelab Emiriah Arab Bersatu (UEA), Al Jazira atau juara Liga Juara-Juara AFC, Al Hilal dalam saingan separuh akhir di Stadium Mohammad Bin Zayed pada Rabu ini.
Jika Chelsea berjaya melangkah ke pentas final, skuad The Blues itu akan kekal di Abu Dhabi sehingga 12 Februari.
Kali terakhir Chelsea beraksi dalam final Piala Dunia Kelab pada 2012 yang menyaksikan mereka tewas 0-1 kepada kelab Brazil, Corinthians.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Thomas Tuchel
#positif COVID-19
#pengasingan kendiri
#Piala FA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan