awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Tun Dr Ling Liong Sik diberikan penghormatan terakhir hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunisia pulang dengan kemenangan ke atas Panama

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
28/06/2018
22:13 MYT
Tunisia pulang dengan kemenangan ke atas Panama
Ia juga gol kedua Wahbi dalam kempen Piala Dunia untuk meletakkan Tunisia di tangga ketiga kumpulan G dengan tiga mata. - Foto REUTERS
Tunisia menamatkan kempen Piala Dunia FIFA Rusia 2018 dengan kemenangan selepas menewaskan pendatang baru, Panama 2-1.
Penyerang Sunderland, Wahbi Khazri menjaringkan gol kemenangan selepas pasukannya ketinggalan akibat jaringan gol sendiri pada babak pertama.
Panama terlebih dahulu di depan pada minit ke-39 babak pertama, apabila cubaan Luis Rodriguez terkena pemain Tunisia, Yassine Meriah sebelum memasuki gawang.
Tunisia yang mempunyai 14 peluang untuk menjaringkan gol akhirnya mendapat gol penyamaan menerusi Fakhreddine Ben Youssef yang menolak masuk hantaran Wahbi pada minit ke-50.
Wahbi kemudian menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-66 menyudahkan hantaran lintang Oussama Haddadi.
Ia juga gol kedua Wahbi dalam kempen Piala Dunia untuk meletakkan Tunisia di tangga ketiga kumpulan G dengan tiga mata.
Panama pula menamatkan kempen di tangga tercorot dalam penampilan pertama mereka dalam Piala Dunia.
Topic Berkaitan
#Awani FIFA
#Kumpulan G
#Luis Rodriguez
#Panama
#Raya Bola 2018
#Tunisia
#Wahbi Khazri
#Yassine Meriah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan