awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Ismail nyata hasrat bawa WWE, UFC ke Johor

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2025
15:12 MYT
Tunku Ismail nyata hasrat bawa WWE, UFC ke Johor
Tunku Ismail di belakang pentas bersama Ketua Pegawai Kandungan WWE, Paul Levesque, atau lebih dikenali sebagai Triple H. - Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor
KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan hasrat membawa organisasi gusti profesional, WWE, dan organisasi seni bela diri campuran (MMA), UFC ke Johor pada masa akan datang.

Ringkasan AI
  • Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam perbincangan untuk membawa WWE dan UFC ke Johor, dijangka pada 2027 di Stadium Sultan Ibrahim.
  • Baginda berkongsi perkara itu selepas menghadiri WWE Crown Jewel 2025 di Perth dan bertemu bintang utama seperti Triple H, John Cena, Cody Rhodes dan The Usos.
  • Malaysia pernah menganjurkan WWE pada 2014 tetapi belum pernah mengadakan acara UFC, dan kedua-dua organisasi kini berada di bawah TKO Group Holdings.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, Tunku Ismail mendedahkan pihaknya kini dalam perbincangan untuk mengadakan acara bagi dua jenama sukan hiburan terbesar dunia itu di Stadium Sultan Ibrahim.
Perkara itu dikongsikan baginda selepas menghadiri acara WWE Crown Jewel 2025 di Perth, Australia,baru-baru ini.
Dalam beberapa gambar yang dimuat naik, Tunku Ismail dilihat berada di belakang pentas bersama beberapa bintang ternama WWE termasuk Paul Levesque atau lebih dikenali sebagai Triple H, John Cena, Cody Rhodes, dan The Usos, selain hadir bersama keluarga baginda.
“Kita sedang berbincang dengan UFC dan WWE untuk membawa mereka ke Johor pada masa hadapan. Harapnya pada tahun 2027. Stadium SSI (Stadium Sultan Ibrahim),” titah baginda dalam ruangan komen di Instagram.
Tunku Ismail turut memuat naik kapsyen: “Di belakang pentas bersama Triple H, John Cena, American Nightmare Cody Rhodes, The Usos and ahli-ahli keluarga @wwe.”
Sebagai rekod, Malaysia pernah menjadi tuan rumah acara WWE sebelum ini pada Oktober 2014, namun setakat ini masih belum pernah menganjurkan acara UFC di negara ini.
WWE dan UFC juga kini berada di bawah satu entiti korporat yang sama iaitu TKO Group Holdings.
Topic Berkaitan
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#WWE
#UFC
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan