awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tzu Ying gagal tebus kecewa di separuh akhir Masters Malaysia

Bernama
Bernama
09/07/2022
14:07 MYT
Tzu Ying gagal tebus kecewa di separuh akhir Masters Malaysia
Tzu Zing gagal menebus kekecewaan di separuh akhir Terbuka Malaysia apabila tumpas kepada pemain pilihan kedua Chen Yu Fei. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Impian pemain nombor dua dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying untuk melangkah ke pentas final Masters Malaysia tidak kesampaian apabila disekat sekali lagi oleh Chen Yu Fei pada saingan separuh akhir di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Tzu Zing gagal menebus kekecewaan di separuh akhir Terbuka Malaysia apabila tumpas kepada pemain pilihan kedua kejohanan dari China itu, 21-19, 13-21, 15-21, minggu lepas, dan kali kini tewas straight set 13-21, 21-23.
Pada final perseorangan wanita esok, Yu Fei, akan berdepan dengan pemain Korea Selatan, An Se Yong, yang mengalahkan pemain Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung, 21-18, 13-21, 21-8.
"Ia bukan satu perlawanan mudah, saya menjangkakan perlawanan esok sama seperti yang saya hadapi pada final Terbuka Malaysia minggu lepas semasa menentang jaguh Thailand, Rachanok Intanon," kata Yu Fei.
Pada final Terbuka Malaysia, Ahad lalu, Yu Fei tewas kepada Intanon, 15-21, 21-13, 21-16 .
Dalam pada itu, Tzu Ying berkata bahawa beliau tidak dapat menandingi kepantasan Yu Fei sambil mengakui bahawa siri kesilapan mudah yang dilakukannya dalam permainan telah menjejaskan prestasinya.
Katanya, beliau tidak pasti untuk menyertai Terbuka Singapura 2022 bermnula Selasa ini kerana perlu mendapatkan sentuhannya semula dalam usaha merangkul gelaran sulung Kejohanan Dunia di Tokyo dari 21 hingga 28 Ogos ini.
Dalam acara perseorangan lelaki, Chico Aura Dwi Wardoyo dari Indonesia melangkah ke final pertama kejohanan Super 500 selepas bangkit menewaskan pemain China, Lu Guang Zu of China, 20-22, 23-21, 21-19.
Pemain bukan pilihan itu akan menentang pemain pilihan kelapan kejohanan, Ng Ka Long Angus selepas pemain Hong Kong itu menyingkirkan wakil India, H.S. Prannoy, 17-21, 21-9, 21-17 dalam pertarungan selama 64 minit.
Topic Berkaitan
#Masters Malaysia
#Tai Tzu Ying
#Taiwan
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan