awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCI kekal status ProSeries LTdL untuk tiga tahun lagi - Amarjit

Bernama
Bernama
07/10/2025
07:00 MYT
UCI kekal status ProSeries LTdL untuk tiga tahun lagi - Amarjit
LTdL 2025 yang berakhir pada 5 Okt, dianggap antara perlumbaan berbasikal lebuh raya terbaik pernah dianjurkan Malaysia. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengekalkan status penganjuran ProSeries kepada jelajah berbasikal tertua Asia Le Tour de Langkai (LTdL) bagi tempoh tiga tahun bermula 2026 hingga 2028.

Ringkasan AI
  • Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengekalkan status ProSeries bagi LTdL untuk tempoh tiga tahun dari 2026 hingga 2028, menandakan pengiktirafan terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur perlumbaan bertaraf dunia.
  • Naib Presiden UCI, Datuk Amarjit Singh menegaskan kepentingan LTdL sebagai simbol pembangunan sukan berbasikal Asia dan menyatakan sokongan penuh Presiden UCI terhadap kesinambungan status tersebut.
  • LTdL 2025 mendapat penilaian cemerlang dengan penarafan -all green- daripada pihak teknikal UCI, namun penganjur bagi edisi 2026 masih belum diputuskan.

Naib Presiden UCI Datuk Amarjit Singh ketika mengesahkan perkara itu berkata keputusan telah dikeluarkan secara rasmi dalam kalendar UCI sekali gus menandakan kejayaan besar buat Malaysia untuk terus diiktiraf sebagai antara penganjur terbaik jelajah berbasikal dunia.
"Ia bukti nyata bahawa UCI mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaan negara kita dalam menganjurkan LTdL secara cekap, profesional dan tanpa sebarang isu," kata Amarjit, yang juga Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, perbincangan bersama Presiden UCI, David Lappartient turut menekankan mengenai kepentingan LTdL sebagai salah satu perlumbaan utama di benua Asia serta keperluan mengekalkan status ProSeries itu.
"Saya tekankan kepadanya bahawa LTdL bukan sekadar perlumbaan biasa - ia adalah simbol pembangunan dan kemajuan sukan berbasikal di Asia.
"Saya gembira kerana beliau bersetuju sepenuhnya dan memberi sokongan padu agar perlumbaan ini terus dimasukkan dalam kalendar ProSeries UCI untuk tiga tahun akan datang," katanya.
Namun, Amarjit berkata belum ada sebarang kepastian berhubung penganjur LTdL 2026.
LTdL 2025 yang berakhir pada 5 Okt, dianggap antara perlumbaan berbasikal lebuh raya terbaik pernah dianjurkan Malaysia kerana keseluruhan aspek teknikal dan perlumbaan mendapat penilaian cemerlang dengan penarafan all green oleh presiden dan barisan komisar serta pengarah perlumbaan.
Perlumbaan berprestij di Asia itu mendapat pengiktirafan kategori 2.HC daripada UCI dan merupakan sebahagian daripada Jelajah Asia UCI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LTdL
#status ProSeries
#UCI
#Amarjit Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan