awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan kes ditangguh, Vivy Yusof, suami dapat pasport tunai haji
AMRO gesa ASEAN+3 perkukuh pengurusan fiskal hadapi gelombang kejutan baharu
Pemandu bas pangku wanita ketika memandu disiasat - JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Perkara istimewa boleh berlaku di Stamford Bridge - Lampard janji Chelsea belum mengalah

Astro Arena
Astro Arena
13/04/2023
04:26 MYT
UCL: Perkara istimewa boleh berlaku di Stamford Bridge - Lampard janji Chelsea belum mengalah
Lampard yakin pasukannya memiliki apa yang diperlukan untuk mengubah nasib mereka dengan berkata mereka hanya memerlukan keyakinan diri terhadap kemampuan untuk melakukannya. - Gambar/ Stadium Astro
PENGURUS sementara Chelsea, Frank Lampard, percaya mereka mampu menterbalikkan defisit 0-2 di belakang Real Madrid dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stamford Bridge minggu depan.
The Blues tewas 0-2 kepada Madrid dalam aksi pertama di Santiago Bernabeu awal pagi tadi, di mana mereka terpaksa menamatkan perlawanan itu dengan 10 pemain selepas Ben Chilwell dibuang padang.
Jaringan Karim Benzema dan Marco Asensio menyaksikan pasukan lawan bimbingan Carlo Ancelotti itu akan membawa kelebihan selesa menjelang aksi timbal balik di London minggu depan.
Bagaimanapun, Lampard yakin pasukannya memiliki apa yang diperlukan untuk mengubah nasib mereka dengan berkata mereka hanya memerlukan keyakinan diri terhadap kemampuan untuk melakukannya.
"Saya berbangga dengan 10 pemain saya," katanya kepada BT Sport.
"Saya fikir dengan 10 pemain, mereka membuka kelemahan kami. Terdapat beberapa perkara yang bagus tetapi keputusannya adalah realiti.
"Saya memberitahu pemain (di dalam bilik persalinan) bahawa perkara istimewa boleh berlaku di Stamford Bridge.
"Mereka pasukan yang bagus tetapi kami hanya perlu percaya," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Frank Lampard
#Real Madrid
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan