awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ungkapan 'Aweng winning' meniti di bibir bapa Azizulhasni

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2017
11:32 MYT
Ungkapan 'Aweng winning' meniti di bibir bapa Azizulhasni
Bapa 'Pocket Rocketman', Awang Muda Embong, 67, (kiri) bersama anak bongsunya, Mohd Asieff Ieman, 21, menunjukkan t-shirt yang selalu mereka pakai setiap kali pelumbaan basikal yang membabitkan anaknya, Azizulhasni - Foto Fail Bernama
Ungkapan ‘Aweng Winning’ meniti di bibir bapa Azizulhasni Awang sebaik sahaja pelumba itu tiba di garisan penamat pada Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017 yang berlangsung di Hong Kong, semalam.
Awang Muda Embong menyifatkan detik itu sebagai sesuatu yang menyentuh hati dan akan sentiasa terpahat di memorinya.
Beliau mengakui, begitu terkejut dengan kayuhan padu yang dilakukan Azizulhasni.
"Sedar-sedar, dia dah pecut terus. Saya bangga dengan pencapaian Azizulhasni semalam, apatah lagi ia memang ditunggu-tunggu olehnya sejak 10 tahun lagi," katanya.
Menurut Awang, beliau begitu berdebar apabila melihat Azizulhasni yang sering dikepung sejak awal perlumbaan.
Namun, bersyukur apabila anaknya itu mampu melakarkan kejutan ketika menghampiri garis penamat.
Menurut Awang, Azizulhasni menghubunginya dua hari sebelum pertandingan meminta mendoakannya untuk meraih Emas dalam acara itu.
Menurut Rosmani, mereka sekeluarga akan terus berdoa agar Azizulhasni yang digelar 'The Pocket Rocketman" akan terus berjaya mencipta kejayaan serta membanggakan negara.
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#lumba basikal dunia
#The Pocket Rocket Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan