awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UniKL pertahan Piala Sumbangsih

Bernama
Bernama
12/03/2021
22:09 MYT
UniKL pertahan Piala Sumbangsih
Pasukan UniKL mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenanginya musim lepas. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenanginya musim lepas setelah menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 4-3 menerusi penentuan pukulan penalti shootout.
Terdahulu, kedua-dua pasukan pilihan utama saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021 itu terikat tanpa jaringan sehingga tamat perlawanan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Kedua-dua pasukan yang mempunyai peluang menerusi pukulan sudut penalti yang diperolehi masing-masing tiga untuk UniKL dan empat untuk TNB, bagaimanapun gagal diterjemahkan kepada jaringan gol oleh para pemain.
Aksi TNB dilihat lebih meyakinkan apabila memperoleh dua pukulan sudut penalti pada minit terakhir suku pertama perlawanan namun disia-siakan begitu sahaja.
Pasukan TNB yang dilihat lebih garang hampir berada di hadapan pada minit ke-40 namun cubaan Shahril Saabah dibatalkan kerana melakukan pukulan back stick.
Ketika penentuan pukulan penalti shootout, kedua-dua pasukan tetap juga terikat 3-3 menerusi Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, Muhammad Marhan Mohd Jalil and Harvinder Singh dari pasukan UniKL serta Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Norsyafiq Sumantri dan Muhammad Firhan Ashari dari TNB yang mengheret kepada penentuan sudden death.
Muhammad Marhan muncul wira UniKL apabila menyempurnakan pukulan shootout terakhir pada perlawanan yang menyaksikan Piala Sumbangsih kekal milik juara treble musim lepas itu.
Sementara itu, ketua jurulatih UniKL Megat Azrafiq Termizi berkata biarpun pasukannya berjaya mengekalkan Piala Sumbangsih malam ini, namun anak buahnya perlu meningkatkan lagi prestasi mereka dalam perlawanan berikutnya.
"Dari segi persembahan, tempo itu agak tinggi, kita agak bergelut dari segi serangan tapi segi pertahanan baik. Banyak serangan TNB berjaya kita patahkan tapi untuk perlawanan seterusnya saya harap kita dapat bersedia dan perbaiki kerana tidak boleh gugurkan mata lagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UniKL
#hoki
#Piala Sumbangsih
#TNB
#pukulan sudut penalti
#Bukit Jalil
#Megat Azrafiq Termizi
#ketua jurulatih
#Muhammad Marhan Mohd Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan