awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usain Bolt kesal gagal perbaiki rekod 200 meter di Rio

Astro Arena
Astro Arena
03/12/2016
02:37 MYT
Usain Bolt kesal gagal perbaiki rekod 200 meter di Rio
Bolt ketika ini memegang rekod dunia acara 200m dengan catatan 19.19 saat. - Gambar fail
USAIN BOLT mengakui kegagalan mengatasi catatan masa 19.19 saat dalam acara 200 meter merupakan satu-satunya sesalan dalam kariernya.
Bolt melengkapkan rekod 'triple-triple' ketika di Sukan Olimpik Rio 2016, apabila merangkul pingat emas dalam acara 100m, 200m dan 4x100m dalam penampilan ketiga berturut-turut di pentas Sukan Olimpik.
Atlet berusia 31 tahun itu dijangka bersara selepas Kejohanan Dunia 2017 di London, di mana dia hanya akan beraksi dalama acara 100m.
Bolt ketika ini memegang rekod dunia acara 200m dengan catatan 19.19 saat, namun kegagalan mengatasi catatan itu masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.
"Mungkin itu sahaja penyesalan saya," katanya ketika sesi sidang media menjelang majlis Anugerah Atlet Terbaik IAAF.
"Mungkin bukanlah satu penyesalan kerana tiada sesiapa pun yang menyangka saya mampu melakar 19.19s, malah saya sendiri terkejut. Pada saya, ia sesuatu yang amat mustahil, tetapi mungkin mampu dilakukan."
Bolt cuba melakar masa yang baru ketika di Rio, tetapi jurulatihnya tidak berasakan catatan lamanya itu mampu diatasi.
"Selepas perlumbaan 200m itu berakhir, jurulatih memandang saya dan berkata: 'Kamu ingat kamu mampu atasi rekod lama kamu itu?'
"Saya pun menjawab:'Ya, saya rasa saya mampu lakukannya. Dia pula menjawab: 'Saya rasa tidak'. Jadi saya pun berkata: 'Kenapa kamu tidak memberitahu saya lebih awal?.'"
Topic Berkaitan
#Olimpik Rio
#rekod larian
#Usain Bolt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan