awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Verstappen pertahan gelaran juara dunia F1

Sinar Harian
Sinar Harian
09/10/2022
15:06 MYT
Verstappen pertahan gelaran juara dunia F1
Lebih menarik Verstappen hanya mengetahui dia bergelar juara dunia semasa temu ramah selepas perlumbaan. - Gambar/ Reuters
BERBAKI empat perlumbaan, pelumba sensasi, Max Verstappen mempertahankan gelaran juara Formula Satu (F1) musim ini menerusi kemenangan dramatik dalam cuaca hujan pada Grand Prix (GP) Jepun di Suzuka, Ahad.
Pelumba Red Bull itu muncul pemandu pertama tiba di garisan penamat dan gelaran dunia sah dalam genggaman selepas Charles Leclerc yang menamatkan saingan di tempat kedua dikenakan penalti lima saat sekali gus turun ke tempat ketiga.
Kemenangan itu menyaksikan Verstappen memiliki kelebihan 113 mata selaku pendahulu kejuaraan sekali gus menjadi pelumba ketiga selepas Michael Schumacher dan Sebastian Vettel yang bergelar juara ketika berbaki empat perlumbaan.
Leclerc yang mewakili pasukan Ferrari menamatkan perlumbaan di tempat kedua mengatasi Sergio Perez daripada pasukan Red Bull dikenakan penalti lima saat selepas cuba menghimpit pesaingnya itu.
Lebih menarik Verstappen hanya mengetahui dia bergelar juara dunia semasa temu ramah selepas perlumbaan.
“Adakah saya hanya menerima separuh mata? Saya tidak tahu berapa banyak mata yang akan saya dapat. Saya gembira dengan perlumbaan ini,” katanya
Verstappen memenangi 12 daripada 18 perlumbaan pada 2022 dan mengucapkan terima kasih kepada pasukannya atas tahun yang 'menakjubkan'.
“Kejuaraan pertama amat emosi tetapi kejuaraan kedua lebih indah.
“Ini tahun yang istimewa dan anda perlu sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa tahun seperti ini amat jarang untuk dinikmati,” katanya. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#F1
#Max Verstappen
#juara F1
#Formula Satu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan