awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wayne Rooney bakal berpindah kelab?

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2013
01:03 MYT
Wayne Rooney bakal berpindah kelab?
RETAK: Rooney (kiri) dikatakan akan dijual musim depan
Bintang Manchester United, Wayne Rooney kini dilaporkan media Britain, kembali mempunyai masalahnya dengan pengendali kelab itu, Sir Alex Ferguson.
Ini bukan kali pertama, keretakan hubungan Rooney-Ferguson dilaporkan.
Namun, kali ini ia tampak lebih serius dengan Ferguson dikatakan, bersedia menjual bintang England ini apabila pintu perindahan pemain dibuka pada Julai.
Portal Goal.com pada Khamis melaporkan,Ferguson tampak kecewa dengan aksi kurang konsisten pemain kelahiran Liverpool ini.
Rooney mempunyai kontrak dua tahun lagi dengan United dan jika kelab itu ingin menjualnya, ia perlu dilakukan pada musim depan.
Jika tidak, Rooney boleh berhijrah secara percuma apabila kontraknya tamat.
Masalahnya ketika ini, tidak banyak kelab utama Eropah yang mampu membeli bekas pemain Everton ini.
Rooney dikatakan gembira untuk kekal di Manchester, yang berdekatan dengan kampung halamannya di Liverpool.
Justeru, jika kekal di BPL, hanya seteru United iaitu Manchester City tampak mampu membeli pemain ini.
Tetapi, Ferguson dijangka enggan menjual Rooney kepada City.
Di eropah pula, hanya Paris St Germain tampak mampu mengeluarkan belanja besar mendapatkan Rooney.
Kedudukan Rooney pasti lebih jelas, apabila saingan musim ini berakhir.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Sir Alex Ferguson
#Wayne Rooney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan