awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut lori tangki meletup dekat Terusan Panama
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin
PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wimbledon: Djokovic kecundang, Carlos Alcaraz muncul juara

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2023
17:55 MYT
Wimbledon: Djokovic kecundang, Carlos Alcaraz muncul juara
Alcaraz, yang merupakan pemain nombor satu dunia berjaya menumpaskan bintang Serbia itu menerusi lima set dengan mata 1-6, 7-6(6), 6-1, 3-6, 6-4, sekali gus memperoleh gelaran Grand Slam yang kedua untuk dirinya. - Foto REUTERS/Andrew Couldridge
JUARA bertahan Novak Djokovic gagal menjulang gelaran kelapannya untuk Kejohanan Tenis Wimbledon 2023 selepas ditewaskan pemain Sepanyol, Carlos Alcaraz Garfia, dalam perlawanan akhir perseorangan sebentar tadi.
Alcaraz, yang merupakan pemain nombor satu dunia berjaya menumpaskan bintang Serbia itu menerusi lima set dengan mata 1-6, 7-6(6), 6-1, 3-6, 6-4, sekali gus memperoleh gelaran Grand Slam yang kedua untuk dirinya.
Dalam set pertama, Alcaraz dengan mudah dikalahkan oleh Djokovic dengan catatan mata, 1-6.
Bagaimanapun pada set kedua, dia bangkit memberikan tentangan sengit terhadap lawannya itu.
Meskipun terpaksa berhempas pulas, Alcaraz akhirnya muncul dengan kemenangan menerusi catatan mata 7(8)-6(6) pada set tersebut.
Alcaraz terus menunjukkan taringnya pada set ketiga, menundukkan pemain nombor dua dunia itu, dengan 6-1.
Namun, momentum tersebut tidak kekal lama apabila Djokovic kembali bangkit dengan kemenangan, 3-6.
Tidak patah semangat, Alcaraz sekali lagi mempamerkan kehebatan pada set kelima dengan mengakhiri perlawanan menerusi mata 6-4.
Alcaraz, 20, memperoleh gelaran Grand Slam pertamanya pada usia 19 tahun di Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, selepas mengatasi Casper Ruud dari Norway dengan mata 6-4, 2-6, 7-6, 6-3.
Dia turut menjadi pemain tenis lelaki termuda yang mencapai ranking pertama dunia.
Topic Berkaitan
#Wimbledon 2023
#Novak Djokovic
#Carlos Alcaraz Garfia
#Juara
#tenis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan