awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WUG 2025: Skuad badminton campuran terkandas di suku akhir

Bernama
Bernama
20/07/2025
00:50 MYT
WUG 2025: Skuad badminton campuran terkandas di suku akhir
Wee Yee Hern-Clarissa San. - Foto Astro ARENA
MULHEIM AN DER RUHR (Jerman): Hasrat skuad negara mengulangi pencapaian edisi lepas tidak kesampaian apabila tewas 2-3 di tangan India dalam acara badminton berpasukan campuran Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 di sini.
Pada aksi berlangsung di Westenergie Sporthalle itu, beregu campuran negara Wee Yee Hern-Clarissa San gagal menyumbang mata pertama apabila tewas kepada Sathish Kumar Karunakaran-Vaishnavi Khadkekar 9-15, 15-11, 11-15.
Jacky Kok Jing Hong bangkit menyamakan kedudukan selepas mengecewakan perseorangan lelaki India, Saneeth Dayanand 9-15, 15-13, 15-11.
Momentum kemenangan itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan perseorangan wanita Siti Zulaikha Muhammad Azmi Tan yang tunduk kepada Devika Shag 15-5, 8-15, 15-12.
Beregu lelaki Bryan Jeremy Goonting-Muhammad Fazri Mohamad Razif kembali menghidupkan peluang Malaysia selepas mudah menjinakkan Saneeth-Sathish Kumar 15-8, 15-6.
India bagaimanapun berjaya menoktahkan kemenangan menerusi beregu wanita Tasnim Mir-Varshini Viswanath Sri yang bangkit menewaskan Lee Xin Jie-Low Yeen Yuan 9-15, 15-13, 15-13 sekali gus mengesahkan tiket ke separuh akhir.
India akan membuat perhitungan menentang Taiwan manakala China berdepan Korea Selatan di separuh akhir.
Misi kem badminton negara diteruskan dalam acara individu yang dijadualkan pada 22 Julai ini.
Untuk rekod, Malaysia membawa pulang dua pingat gangsa masing-masing dalam acara berpasukan campuran dan beregu lelaki pada edisi lepas di Chengdu, China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beregu campuran negara
#badminton
#Wee Yee Hern-Clarissa San
#WUG 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan