awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia beralih ke profesional?

Astro Arena
Astro Arena
29/12/2021
22:24 MYT
Zii Jia beralih ke profesional?
Zii Jia mungkin memerlukan perubahan yang mampu mengembalikan semula rentak terbaiknya sebelum ini. - Gambar fail
TIMBUL khabar angin yang menyebut perseorangan utama negara, Lee Zii Jia, bakal mengubah haluannya dengan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergerak secara solo selain jaminan kemewahan buatnya.
Apatah lagi reaksi Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Wong Choong Hann, juga tidak menafikannya.
Segalanya serba tidak menjadi buat pemain kelahiran Kedah itu sebaik menggondol kejuaraan Seluruh England pada Mac lalu.
Mungkin pemain berusia 23 tahun tersebut memerlukan perubahan yang mampu mengembalikan semula rentak terbaiknya sebelum ini.
Difahamkan ada tawaran lumayan sedang menantinya untuk meninggalkan BAM apabila melibatkan penajaan sebanyak RM4 juta bagi membiayai perjalanan prefesionalnya.
"Kalau khabar angin memang ada. Sentiasa ada desas-desus mengenai pemain yang akan keluar dan masuk.
"Selagi ia tidak menjadi kenyataan, susah nak ulas.
"Selagi pemain di bawah struktur kami, kami akan terus melatih mereka," katanya.
Namun, Choong Hann menjelaskan hingga ke saat ini status Zii Jia masih di bawah pengurusan BAM.
Malah, tiada sebarang perbincangan di antara pemain dan pengurusan.
"Zii Jia masih bersama kami. Tiada pengumuman pasal (perkara) ini."
Topic Berkaitan
#badminton
#khabar angin
#Lee Zii Jia
#bergerak solo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan