awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun

Bernama
Bernama
21/05/2024
12:46 MYT
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli melaungkan amaran awal kepada pencabarnya di Sukan Paralimpik 2024 di Paris dengan menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, hari ini.
Lebih manis, lontaran sejauh 17.43 meter (m) oleh Ziyad pada saingan di Kobe Universiade Memorial Stadium menyaksikan beliau memperbaiki rekod Asia miliknya sendiri iaitu 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Juara Sukan Paralimpik 2016 itu mengenepikan cabaran atlet Perancis Soane Luka yang meraih perak (15.29m) manakala Jordi Patricio dari Ecuador pula membawa pulang gangsa (15.80m).
Seorang lagi wakil negara, Mohamad Aliff Mohamad Awi pula menamatkan saingan di kedudukan ketujuh dengan catatan 13.48m.
Dalam pada itu, Ziyad menerusi hantaran di laman Instagram memanjatkan rasa syukur apabila menggondol emas ketiga peribadi pada kejohanan dunia.
"Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Three times gold medal World Para Athletics Championships," katanya sambil memuat naik video kemenangannya.
Kejohanan berprestij yang bermula 17 Mei lepas berakhir Sabtu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jaguh olahraga para negara
#Muhammad Ziyad Zolkefli
#emas
#Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan