awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ziyad yakin pertahan emas di London

Astro Arena
Astro Arena
29/06/2017
09:48 MYT
Ziyad yakin pertahan emas di London
ZIYAD: Saya berusaha keras sepanjang masa dan yakin akan dapat mempertahankan pingat emas buat Malaysia. - Foto BERNAMA
ATLET lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, memasang niat untuk memecahkan rekod sendiri apabila menyertai Kejohanan Olahraga IPC di London, Julai depan.
Sasaran itu tampak realistik apabila dia berjaya menumpaskan atlet normal lain ketika saingan Kejohanan Olahraga Terbuka Bangkok baru-baru ini, mencatat lontaran 17.07 meter.
Jelas Ziyad, dia masih belum sampai ke kemuncak prestasi sekaligus menguatkan azamnya untuk meraih lebih banyak kejayaan.
“Saya berusaha keras sepanjang masa dan yakin akan dapat mempertahankan pingat emas buat Malaysia,” kata Ziyad.
Berdasarkan prestasi semasa, dia merasakan sasaran untuk memecahkan rekod dunia lontar peluru F20 adalah sesuatu yang mampu dicapai berbekalkan rekod dunia 16.84 meter yang dicatatkan ketika saingan Paralimpik Rio 2016.
Selain kejohanan dunia, Ziyad juga melahirkan keterujaan untuk beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 serta bersaing bersama atlet normal yang lain.
“Dalam diri saya tidak pernah rasa cukup dan selesa.
“Saya mahu menjadi atlet paranormal dan normal yang terbaik, itu sasaran saya,” ujar Ziyad.
Topic Berkaitan
#Kejohanan Olahraga IPC
#London
#lontar peluru
#Ziyad Zolkefli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan