awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengalaman memandu di lebuhraya ala 80an

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2013
23:00 MYT
Pengalaman memandu di lebuhraya ala 80an
Pilihan Raya Umum ke-13
Saratok Sarawak
Oleh Ab Uzza Latiff
Memandu sejauh 299 kilometer dari Kuching ke Saratok di Sarawak untuk membuat liputan di salah sebuah kerusi panas - P-205 Saratok amat mencabar.
Perjalanan merentasi 8 kerusi Parlimen – Stampin, Mas Gading, Mambong, Kota Samarahan dan berhenti sarapan di Serian tidak menguji pemanduan.
Cabaran bermula dari Serian ke Saratok – 243 kilometer tanpa lebuhraya memerlukan daya tahan fizikal dan mental yang kuat.
Pilihan Raya Umum ke 13
Bandar kecil, lebuh raya kecil
Mengambil perbezaan pengalaman pemanduan dari Kuala Lumpur ke Perlis, “Leburaya” sedia ada menguji daya tahan mental tanpa hentian Rehat dan Rawat (R&R), lorong kecemasan, pembahagi jalan serta telefon kecemasan.
Dengan faktor jalan yang berbukit bakau, tidak rata selain dikelilingi gunung dan hutan, terdetik di hati, bagaimana jika berlaku sesuatu kecemasan? – tayar pancit, kemalangan atau kereta rosak, siapa yang boleh bantu?
Menarik nafas lega setiba di Sri Aman, perhentian R&R Temudok – perhentian popular dan terbaik sepanjang perjalanan lebih 1500km jalan Pan Borneo yang menghubungkan Pontianak di Kalimantan barat, Indonesia dan Tawau.
Namun, menjadi persoalan, kenapa perhentian ini tidak dinaik taraf setanding R&R di Semenanjung?
Dari Sri Aman merentasi Lubok Antu untuk sampai ke Saratok, lebih lima pusat rekreasi yang ada di sepanjang perjalanan.
PRU-13
Lebuh raya ala 80an
Rasa tidak berpuas hati dan bertanya sendiri kenapa kawasan yang mampu melonjakkan nama Malaysia ini tidak di beri perhatian sewajarnya?
Tiba di simpang Pekan Saratok, gerai-gerai makan di hadapan pintu masuk sudah cukup membayangkan keadaan di dalam pekannya - sambutan yang agak kurang senang kepada pengunjung ke Saratok.
Ia sepatutnya dinaik taraf sebagai R&R yang mantap, bukan sahaja buat kemudahan pengunjung ke Saratok, malah mereka yang mahu ke Sarekei atau Miri boleh tumpang senang.
Meskipun jalan raya dari Kuching ke Saratok berturap tapi kualitinya tidak memberangsangkan - Inilah lebuhraya ala-ala 80an.
Pilihan Raya Umum ke-13
Bandar kecil, lebuh raya ketinggalan
Benar, Saratok kawasan pedalaman – Jauh perjalanan, luas pemandangan.
Terfikir bagaimana calon-calon yang bertanding dalam PRU13 melaksanakan kempen mereka di kawasan sebegini.
Lebih menarik perhatian, calon yang bertanding atas tiket bebas.
Kesukaran jelas terbentang dan pastinya sumber kewangan memainkan peranan penting - cabaran yang jauh lebih hebat dari calon di bandar.
Ini pilihan raya ke-13. Adakah untuk lima tahun akan datang, keadaan akan tetap serupa?
Dalam hal ini, peranan logistik memberi impak kepada semua pihak- baik rakyat, wakil rakyat, kerajaan dan juga pembangkang.
Keluasan Sarawak 124,449 kilometer persegi, dengan anggaran penduduk 2.4 juta dan kepadatan 20.5 orang setiap kilometer persegi, adakah mereka masih tidak layak menerima "lebuhraya yang sempurna" ?
Mampukah manifesto parti-parti yang bertanding yang berjanji mahu menyediakan lebuhraya buat penduduk Sarawak ini direalisasikan atau, ia sekadar retorik semata-mata? – maklumlah musim mengundi...
Topic Berkaitan
#PRU-13
#PRU13
#Saratok
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan