awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Viva, tunang selamat diijabkabulkan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/10/2022
04:11 MYT
Abang Viva, tunang selamat diijabkabulkan
Setakat ini, Azwan dan isteri masih belum menetapkan tarikh resepsi bagi meraikan keluarga di kedua-dua pihak. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, telah selamat diijabkabulkan dengan tunangnya, Evanoza Zakaria di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Ayer Keroh di sini, pada Jumaat lalu.
Berita gembira itu telah dikongsikan Azwan bersama orang ramai menerusi penstriman secara langsung pada malam Khamis, namun disimpan sebagai tetapan peribadi.
Azwan berkata, tiada niat untuk menyembunyikan perkara baik itu namun memandangkan dia dan isteri mempunyai niat yang sama untuk melakukan kebajikan, dia mengambil keputusan memaklumkan perkara itu bagi mengelakkan fitnah.
Katanya, pada awalnya dia merancang mendirikan rumah tangga dengan tunangnya,yang dikenali ketika bersama menjalankan kerja-kerja sukarelawan, pada Disember depan, namun faktor ramalan cuaca menjangkakan berlaku bencana Monsun Timur Laut di beberapa negeri.
"Jadi untuk bulan depan dan seterusnya, lebih baik kami suami isteri berbincang dan bersiap sedia untuk menggerakkan sukarelawan di bawah Gerakan Kebajikan Abang V-V.
"Biarpun bertukar status, namun misi bantuan ini tidak akan dilupakan, malah lebih mudah saya dan isteri bergerak bersama menyalurkan bantuan dengan lebih bersemangat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Tambahnya, setakat ini mereka masih belum menetapkan tarikh resepsi bagi meraikan keluarga di kedua-dua pihak.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Azwan yang berasal dari Melaka mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana kesungguhannya membantu mangsa banjir dengan hanya berbekalkan RM50 dan menggunakan kereta jenis Perodua Viva serta sebuah bot. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#abang viva
#perkahwinan
#elak fitnah
#misi bantuan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan