awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akhirnya wanita Saudi boleh jadi juruterbang

Sinar Harian
Sinar Harian
15/09/2018
09:53 MYT
Akhirnya wanita Saudi boleh jadi juruterbang
Wanita di Saudi tidak dihalang untuk berkerja dalam sektor penerbangan namun, sebahagian besar pekerjaan tersebut dimonopoli rakyat asing termasuk dari Filipina. - SINAR HARIAN
Syarikat penerbangan kos rendah Saudi, Flynas buat pertama kalinya bakal merekrut wanita untuk berkhidmat sebagai pembantu juruterbang dan atendan penerbangan.
Difahamkan, wanita di negara itu tidak dihalang untuk bekerja dalam sektor penerbangan, namun sebahagian besar pekerjaan tersebut dimonopoli rakyat asing termasuk dari Filipina.
Jurucakap Flynas memberitahu hampir 1,000 wanita Saudi memohon jawatan pembantu juruterbang dengan syarikat itu dalam tempoh hanya 24 jam.
“Syarikat berminat untuk memperkasakan wanita Saudi bagi memainkan peranan penting dalam transformasi kerajaan.
“Wanita adalah bahagian penting kejayaan syarikat penerbangan ini,” jelasnya.
Larangan wanita memandu di Saudi ditarik balik Jun lalu sebagai salah satu usaha Putera Mahkota Mohammed Salman untuk mengubah ekonomi pengeksport minyak tertinggi di dunia. -Al Jazeera
Topic Berkaitan
#Flynas
#Juruterbang
#kerajaan
#penerbangan
#rekrut
#Saudi
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan