awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ating... si beruk 'multitasking' jadi kesayangan Awang

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
05/12/2017
05:07 MYT
Ating... si beruk 'multitasking' jadi kesayangan Awang
Rindu Ating kepada Awang terubat selepas enam hari dipisahkan banjir yang melanda Pasir Mas. - foto Muhafandi Muhammad
#2kerja bukan hanya untuk manusia, tetapi beruk juga tidak terlepas untuk menunjukkan upaya melakukan dua dua kerja.
Pada hari biasa, Ating berupaya memetik 250 biji kelapa dalam dua jam, namun ketika banjir gelombang pertama melanda Kelantan, Ating setia menjadi penunggu rumah tuannya.
Awang Mamat, 60 tahun terpaksa tinggalkan Ating ketika dia dan isteri berpindah ke pusat pemindahan sementara.
''Ating mana boleh pergi pusat pemindahan jadi dia tunggu rumahlah. Dia memang tak kemana sebab dia tahu air dalam,'' katanya.
Ating si beruk setia
Ating setia menanti Awang di beranda rumah selepas enam hari ditinggalkan akibat banjir - foto Muhafandi Muhammad
Tiang beranda rumah jadi tempat Ating menunggu Awang selama enam hari sementara menuggu air surut.
Awang pula setiap hari akan meredah banjir separas pinggang untuk menghantar nasi kepada Ating yang sudah banyak berjasa sepanjang 10 tahun membelanya.
''Saya ikta Ating pada tiang beranda. Risau juga takut kena curi... saya sayang Ating ni sebab banyak jasa,'' ujarnya.
Hari ini Awang bersama isterinya Bunga Hussein, 56 tahun kembali ke rumah untuk mengemas dan yang pasti Ating setia menanti pasangan ini di beranda rumah mereka yang ditenggelami air.
Awang dan Bunga berpinda ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Gelang Mas sejak enam hari lalu.
Topic Berkaitan
#2kerja
#air
#banjir
#banjir kelantan
#beruk
#Multitasking
#Pasir Mas
#pusat pemindahan
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan