awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Baju sado' bukan untuk menipu diri sendiri

Helmi Majid
Helmi Majid
28/06/2016
00:14 MYT
'Baju sado' bukan untuk menipu diri sendiri
Pemakaian baju sado sebenarnya bagi mengatasi kurangnya keyakinan bagi mereka yang terlalu kurus dan juga bagi lelaki yang mengalami masalah manboobs. - Foto Facebook Superior14 Malaysia
'Baju sado' yang menjadi perbualan netizen masa kini dinafikan digayakan untuk menipu diri sendiri.
Jelas pemilik akaun Superior14 Malaysia yang juga pemilik premis Happy Supplement Store di Kuantan Pahang, Mohd izuwan Moktar, 29, yang dihubungi Astro Awani menjelaskan kewujudan ‘baju sado’ itu sudah lama di pasaran luar negara.
Malah pengenalan produk itu, boleh didapati di internet.
Begitupun, jelas Izuwan, 29, pemakaian ‘baju sado’ sebenarnya bagi mengatasi kurang keyakinan bagi mereka yang terlalu kurus dan juga bagi lelaki yang mengalami masalah ‘man boobs’.
“Ia bukanlah menyebabkan anda menjadi ‘sado’ sehingga mempunyai susuk tubuh dengan otot berketul-ketul. Tetapi ia cuma memberikan anda berdada bidang.” jelas Izuwan lagi.
Katanya lagi, dia masih dalam peringkat memesan stok baju berkenaan daripada sumber yang tidak didedahkan.
Proses pemesanan itu juga, mengambil sedikit masa dan dijangka akan tiba selepas cuti hari raya nanti.
Izuwan memaklumkan, dia tidak menyangka, dia menerima lebih 200 mesej di Whatapps oleh mereka yang berminat untuk mengetahui tentang produk berkenaan.
Baju 'sado' yang dilengkapi span pada dada dan lengan ini, diperbuat daripada material ‘lycra’ dan didatangkan dengan pelbagai saiz, S, M dan L.
Menurut Mohd Izuwan Moktar, pemakaian baju sado sebenarnya bagi mengatasi kurangnya keyakinan bagi mereka yang terlalu kurus. - Foto Facebook Superior14 Malaysia
Menurut Mohd Izuwan Moktar, pemakaian baju sado sebenarnya bagi mengatasi kurangnya keyakinan bagi mereka yang terlalu kurus. - Foto Facebook Superior14 Malaysia
Varian itu memberikan peluang kepada pengguna untuk memilih ‘baju sado’ yang lebih sesuai.
Sejak dimuat naik di laman Facebook, ia sudah mendapat lebih 4,500 ‘share’ di Facebook. Tidak kurang juga yang menjadikan ia sebagai bahan jenaka. Ramai yang juga mengganggap ia sebagai ‘berangan’ untuk jadi sasa.
Topic Berkaitan
#baju sado
#Mohd izuwan Moktar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan