awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas London lebih perlahan berbanding ayam

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
20/02/2016
11:03 MYT
Bas London lebih perlahan berbanding ayam
Jaringan bas London merupakan antara jaringan paling luas dan komprehensif di dunia dengan lebih 6,800 buah bas dijadualkan melalui 700 laluan berbeza - Foto AFP/Adrian Dennis
Bas nombor 38 bergerak pada kelajuan purata 10.3 kilometer sejam (km/j) bagi perjalanan pagi iaitu 4.2km/j lebih rendah berbanding kelajuan purata seekor ayam.
Menurut The Independent, statistik ini dilaporkan oleh media tempatan berdasarkan laluan dari Clapton Pond ke stesen bas Victoria menggunakan data kelajuan bas yang dikeluarkan oleh Transport for London (TfL).
Menariknya, kelajuan purata bagi semua bas London yang melalui ibu kota tersebut dilaporkan pada 14.4km/j, sama dengan kelajuan purata seekor ayam.
“Kebanyakan laluan bas di dalam dan tengah London melalui kawasan sesak. Kami bekerjasama dengan beberapa daerah untuk membangunkan skim keutamaan bas yang akan melindungi kelajuan dan kebolehpercayaan,” jelas John Barry, ketua pembangunan jaringan bas TfL.
Barry turut mengesahkan 700 tempat pada 24 laluan di 17 daerah yang telah dikenalpasti untuk penambahbaikan laluan bagi mengurangkan kesesakan.
Berikut merupakan lima laluan bas London dengan kelajuan purata paling perlahan:
1- 15H Charing Cross Station - 6.6 km/j
2- 15 Charing Cross Station - 6.7 km/j
3- 100 Elephant & Castle - 7.2 km/j
4- RV1 Covent Garden - 7.2 km/j
5- UL16 Earl’s Court Station - 7.9 km/j
Topic Berkaitan
#bas London
#Bas London lebih perlahan berbanding ayam
#pengangkutan awam London
#Transport for London
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan