awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Bukan hanya mewakili Sarawak, tetapi Malaysia keseluruhannya..." - Francisca Luhong

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
17/09/2020
05:13 MYT
"Bukan hanya mewakili Sarawak, tetapi Malaysia keseluruhannya..." - Francisca Luhong
Kejayaan Francisca Luhong James memenangi mahkota Miss Universe Malaysia 2020 membuktikan dengan usaha, tiada apa yang mustahil. -Gambar Ihsan Miss Universe Malaysia
Peluang untuk mewakili negara ke pentas Miss Universe tidak akan disia-siakan anak jati Sarawak, Francisca Luhong James.
Sejak dimahkotakan dengan gelaran Miss Universe Malaysia kurang dua minggu lepas, kata beliau, pelbagai perancangan serta persiapan akan dilakukan bagi menonjolkan setiap sisi unik negara.
“Menjadi wanita Dayak pertama yang memenangi gelaran Miss Universe Malaysia ini sudah semestinya satu tanggungjawab yang besar.
“Gelaran ini bukan untuk Sarawak sahaja, tetapi Malaysia secara keseluruhannya,” kongsinya dalam sesi temu bual khas bersama Astro AWANI.
Tambah Francisca lagi, platform ini akan dimanfaatkan untuk mengetengahkan isu-isu yang dekat di hati masyarakat khasnya yang melibatkan pemerkasaan wanita di Malaysia.
Beritahunya, segala aktiviti turun ke lapangan akan dilakukan bersama pasukan Miss Universe Malaysia Organization bagi menjayakan advokasi ‘Women Rise’ yang akan dibawanya ke pentas antarabangsa itu nanti.
“Sudah pasti, apabila saya ke sana untuk mewakili Malaysia nanti, saya ingin berkongsi pengalaman di negara kita kepada mereka.
“Jadi, saya ingin berkongsi mengenai keunikan makanan, budaya, pengalaman saya membesar di Sarawak dan bagaimana ia membentuk jati diri saya sebagai rakyat Malaysia sama seperti yang dilalui oleh orang lain.
“Sudah semestinya saya ingin menonjolkan budaya lain seperti yang ada di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan negeri-negeri lain. Ia faktor yang harus ditonjolkan kerana orang luar amat menghargai budaya kita,” katanya.
View this post on Instagram
A post shared by Francisca Luhong James (@francisca.luhong) on
Sep 15, 2020 at 7:55pm PDT
Bercerita lanjut, beliau turut berkongsi latar belakang kehidupannya di Sarawak, yang sebahagian besar menyumbang kepada pembentukan jati dirinya yang kini bergelar ratu cantik.
Ujarnya, ia pengalaman yang amat berharga dan ini membuktikan wanita, tidak kira di mana sahaja mereka berada, mereka juga mampu berjaya.
“Kami akan melakukan perjalanan dari Kuching ke Sibu dan kemudiannya akan memandu dari Sibu ke Kanowit. Selepas itu, perlu menaiki bot.
“Perjalanan memakan masa selama dua jam, baru tiba di rumah panjang.
“Itu situasi sebelum ini. Sekarang sudah ada kemudahan jalan raya di Sungai Poi, Kanowit, senang untuk pergi ke kampung ibu saya.
“Melalui semua pengalaman ini, saya tidak sangka akan menyertai ratu cantik,” tambahnya.
Beliau sebelum ini pernah menyertai tiga pertandingan ratu cantik lain, sebelum percubaan kali keempat membuahkan hasil.
Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual eksklusif bersama AWANI Sarawak baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#Francisca Luhong James
#Miss Universe Malaysia
#Miss Universe Malaysia 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan