awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Citadines Prai Penang tawar pengalaman berbeza

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
21/10/2023
06:58 MYT
Citadines Prai Penang tawar pengalaman berbeza
Citadines menyediakan pilihan penginapan jenis studio dan apartment yang lengkap dengan kemudahan memasak asas yang pastinya berbeza dengan hotel lain.
SEBERANG PERAI: Mengetengahkan konsep service apartment, Citadines Prai Penang menawarkan pengalaman berbeza kepada pengunjung yang mahukan suasana 'rumah ' ketika bercuti ke Pulau Pinang.
Menurut Pengurus Residence, Lee Boon Kae, hotel bertaraf empat bintang setinggi 39 tingkat itu menjadi pilihan kerana kedudukannya yang terletak berhampiran kawasan tumpuan ramai serta kawasan Perindustrian Seberang Perai.
Katanya, Citadines menyediakan pilihan penginapan jenis studio dan apartment yang lengkap dengan kemudahan memasak asas yang pastinya berbeza dengan hotel lain.
Selain itu, katanya hotel ini juga dilengkapi dengan kemudahan tempat parkir, kolam renang, gimnasium dan dobi layan diri.
"Di sini kita ada 168 bilik dengan empat kategori studio dan bilik, di mana konsep kita adalah hotel dan service apartment iaitu berbeza dengan hotel lain kerana kita ada bilik yang menyediakan ruangan dapur untuk memasak dan juga mesin basuh.
"Selain itu, kemudahan lain yang disediakan ialah kolam renang di tingkat 39 yang mana kita boleh melihat pemandangan indah keseluruhan Seberang Perai, Jambatan Pulau Pinang serta menyaksikan matahari terbit," katanya.
Citadines menyediakan pilihan penginapan jenis studio dan apartment.
Citadines menyediakan pilihan penginapan jenis studio dan apartment.
Sementara itu, bagi memastikan lebih ramai pengunjung memilih Citadines, Lee berkata, pihak hotel memperkenalkan inisiatif kad keahlian kepada pelanggan dalam usaha menghargai pelanggan setia Citadines.
"Pelanggan boleh mendaftar sebagai ahli secara dalam talian, mereka boleh melihat laman web kita dan daftar bila-bila masa sahaja, selepas itu pelanggan boleh menikmati semua tawaran istimewa yang ditawarkan kepada mereka.
Citadines menyediakan pilihan penginapan jenis studio dan apartment.
Citadines menyediakan pilihan penginapan jenis studio dan apartment.
"Pelanggan boleh menikmati potongan harga mengikut pakej yang ditawar, malah potongan harga sempena tarikh lahir juga ada ditawarkan kepada semua ahli Citadines iaitu ASR (ASCOTT STAR REWARDS)," jelas beliau.
Paling istimewa Citadines juga menyediakan 'bakul makanan' kepada ahli dan juga minuman kopi yang menjadi 'Signature Citadines' bagi menyambut kedatangan para tetamu ke hotel berkenaan.
Bagi yang berminat untuk menikmati keistimewaan yang ditawarkan di Citadines boleh melayari laman web www.discoverasr.com/malaysia atau halaman media sosial @DiscoverASRMalaysia.
Citadines menyediakan pilihan penginapan jenis studio dan apartment.
Citadines menyediakan pilihan penginapan jenis studio dan apartment.
Kolam renang terletak di tingkat 39.
Kolam renang terletak di tingkat 39.
Topic Berkaitan
#Citadines Prai
#service apartment
#Seberang Perai
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan