awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna loghat utara balas tweet, petugas Maxis dapat pujian pelanggan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/09/2015
01:49 MYT
Guna loghat utara balas tweet, petugas Maxis dapat pujian pelanggan
Petugas bernama Firdaus itu dikatakan pernah mendapat pujian pihak pengurusan atas khidmat cemerlangnya. - Gambar Hiasan
Bertugas dalam bidang khidmat pelanggan barangkali antara tugas paling mencabar di dunia. Berhadapan dengan kerenah yang pelbagai daripada pelanggan menuntut seorang pegawai khidmat pelanggan mempunyai tingkat kesabaran paling tinggi.
Bagi seorang petugas di Maxis Listens ini, caranya yang santai namun masih berhemah dalam menjawab aduan dan rungutan, menjadikan beliau disenangi pelanggan.
Dikenali sebagai Firdaus Merican, siri tweet antara beliau dan seorang pelanggan Maxis, Zahier Aiman Radzwan, menjadi perhatian kerana ia berlangsung dalam keadaan yang agak melucukan.
Zahier pada mulanya mengadu tentang bagaimana pas internet yang dibelinya tiba-tiba sahaja hampir habis diguna pakai walaupun dia tidak menggunakan telefon.
Buat pukul 12.12PM, pukul 12.24PM dah pakai 80%. 12.26 100% aku tk pakai phone pun. Terima kasih @MaxisListens pic.twitter.com/K8tCWxw3nQ
— ZAHIER AIMAN RADZWAN (@zahieraiman) September 24, 2015
Apabila tweetnya tidak dibalas, Zahier menghantar satu lagi tweet berbunyi "reply laaa.."
Ia kemudiannya mendapat balasan yang bernada santai oleh Firdaus, memintanya bersabar kerana dia perlu terlebih dahulu membalas tweet lain yang masuk sebelum Firdaus.
@zahieraiman Sat la kami kena reply tweet yg mai sblm ampa. Tp kmi dpt tweet ni ja. TQ-Firdaus
— Maxis (@MaxisListens) September 24, 2015
Lebih menarik, balasan Firdaus dilakukan dalam loghat utara.
Ia ternyata berkesan untuk meredakan perasaan marah Zahier.
@MaxisListens deje baru nak marah hang cakap utara pulak tak jadi nak marah. Tengok tweet aku sebelum ni.
— ZAHIER AIMAN RADZWAN (@zahieraiman) September 24, 2015
Lebih melegakan apabila Firdaus tidak sekadar memberi penyelesaian kepada masalah Zahier, tetapi turut memberi nasihat apa yang boleh dilakukan agar masalah itu tidak berulang.
@zahieraiman Kmi dh check, phone ampa ada pakai data byk dri pas aktif smpai 12.24 tat sat. Data usage tu depends pd app yg ada, saiz [1]
— Maxis (@MaxisListens) September 24, 2015
@zahieraiman fail uplaod/donlod & data running on background. TQ-Firdaus
— Maxis (@MaxisListens) September 24, 2015
@MaxisListens ok thanks. Baling buang phone ni. Rugi duit betui.
— ZAHIER AIMAN RADZWAN (@zahieraiman) September 24, 2015
@zahieraiman Jgn la buang, syg oi. Ampa try off data bg mana2 app yg jarang guna or x guna langsung. Off service location sama.TQ-Firdaus
— Maxis (@MaxisListens) September 24, 2015
Tidak berakhir di situ, siri tweet mereka turut disambung dengan perbualan ringan dan saling mengucapkan Selamat Hari Raya.
@MaxisListens takpa selamat hari raya firdaus. Hg tak raya ka dok kerja apa lagi. P makan daging sedap oi
— ZAHIER AIMAN RADZWAN (@zahieraiman) September 24, 2015
@zahieraiman Raya kat opis lu.Sabtu ni balk kg baru mkn daging.Slmt Hari Raya gak kat ampa.Jgn mkn byk sgt satg kena drh tinggi :D-Firdaus
— Maxis (@MaxisListens) September 24, 2015
Berpuas hati dengan khidmat yang diberikan, Zahier mencadangkan agar Maxis menaikkan gaji atau sekurang-kurangnya memberi bonus kepada Firdaus.
Maxis please give bonus or naikkan gaji firdaus ni. He provide best customer service. pic.twitter.com/btUdS3Jk6c
— ZAHIER AIMAN RADZWAN (@zahieraiman) September 24, 2015
Menerusi satu tweet oleh pengguna Twitter dengan nama Nelza Lynna, Firdaus dan rakan-rakannya pernah menerima pujian daripada pihak pengurusan atas khidmat cemerlang yang diberikan mereka sebelum ini.
@zahieraiman @MaxisListens gave Firdaus and the team compliment about a year ago too. Dia memang bagus. pic.twitter.com/HORTRKhvXv
— Nelza Lynna (@NelzaRahim) September 27, 2015
Topic Berkaitan
#khidmat pelanggan
#Maxis
#telekomunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan